Kenyataan
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan
pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan
Rakyat (PR) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno
Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada
bukti menunjukkan ada anggota B Nyang dikesan memberi sokongan kepada
pakatan itu.
"Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu.
Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa
orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN di
sini, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada
pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan
sokongan untuk menumbangkan BN sekaligus membantu PR menguasai
Putrajaya.
Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, Sabtu.
Ahmad berkata: "Apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu
tidak boleh diguna pakai. Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau
sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang
kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis
Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti."
JuRagan : Bangang la lu mamat Lan,takkan nak sebut siapa org Umno yang nak bagi sokongan tu..Lu jangan nak ugut beb,ini bukan zaman 70 an,otak biar cair jangan jadi beku!!!Ini zaman langit terbuka,bukan lagi zaman kepala otak tertutup!!
JuRagan : Bangang la lu mamat Lan,takkan nak sebut siapa org Umno yang nak bagi sokongan tu..Lu jangan nak ugut beb,ini bukan zaman 70 an,otak biar cair jangan jadi beku!!!Ini zaman langit terbuka,bukan lagi zaman kepala otak tertutup!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.