Followers

Monday, January 9, 2012

Polis Menyekat Peserta Himpunan 901 Daripada Mahkamah ??

 

6 pagi : Penyokong Pakatan Rakyat mula hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan 
"Bebaskan Anwar" dan mendengar keputusan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Mereka berlegar-legar walaupun hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah.

6.25 pagi : Kelihatan sebuah helikopter Polis DiRaja Malaysia terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di tepi jalan masjid dan menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan.  

6.30 pagi : Keadaan di pintu masuk utama mahkamah mulai sesak dibanjiri orang awam dan penyokong Pakatan sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Wilayah. Perhimpunan 901 setakat ini sudah mencecah sekitar 4,000 orang.
 
Polis dan unit FRU walaubagaimanapun telah bersedia mulai jam 3 pagi. Menurut sumber, setakat ini polis telah menghantar 21 trak, 33 van, 1 trak meriam air. 3 bas dan 1 balai polis bergerak.

7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan "901" supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah.
 
Suasana perhimpunan dan lensa media tertumpu pada sekumpulan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" yang dikepalai ADUN Sri Muda, Selangor Shuhaimi Shafie.
Turut kelihatan, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

7.10 pagi : Rafizi berkata keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Mengulas lanjut, Rafizi mengharapkan cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.

7.30 pagi: Kelihatan MP Selayang, William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. 

Juga kelihatan YB Sivarasa. 

Parking Lot  dihadapan mahkamah telah penuh dan keadaan terkawal

7.55 pagi: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan 


TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.