Liwat II: Ribuan mula banjiri luar mahkamah
Keputusan
perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas
pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari
ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
Anwar
didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium
Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga
20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau
menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk
memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi
menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal
jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta
perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika
itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
Lebih
ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II
yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
7.45am:
Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan
Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am:
Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat
letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di
jalan-jalan menuju ke mahkamah.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.
Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am:
Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti
Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.
Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

Mk/-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.