Followers

Tuesday, January 17, 2012

Perbahasan Sdr Hj Azhari Ismail di Persidangan Perwakilan DAP 2012




Sdr Hj Azhari Ismail, ahli DAP sejak 1979. Setelah menyertai DAP selama lebih 30 tahun, beliau kekal seorang ahli biasa Parti yang tidak pernah menjadi YB, tidak mendapat apa-apa kontrak, tetapi tetap memberikan kepercayaan yang bersungguh-sungguh kepada pimpinan Parti yang beliau tahu, tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum atau agama, tetapi ikhlas dalam perjuangan untuk membina sebuah negara yang adil kepada semua rakyat.

Sdr Hj Azhari mungkin merupakan "minoriti" di kalangan ahli DAP yang ramainya terdiri daripada kaum Cina dan India, tetapi beliau pasti satu hari nanti, apabila rakyat jelata khasnya kaum Melayu diberikan maklumat yang menyeluruh dan tepat mengenai perjuangan DAP, ramai daripada mereka akan memilih DAP sebagai Parti yang mewakili mereka.

Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Khas Ahli Parlimen Bukit Bintang Sdr YB Fong Kui Lun, Sdr Hj Azhari berpegang teguh kepada perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat -- Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.