Dalam
sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr
Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta
rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan
sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan
Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap
tindakan segera Khalid itu.
Menurut
Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan
tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal.
Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada
peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan
masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah
pun bukan ahli Pas lagi.
Tektikal
inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil
politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti
mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti
disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi
edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.
Itulah
kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti
urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi
nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang
tidak banyak membawa untung.
Pendedahan
Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak
menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan
pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan
berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat
itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.
Surat
yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang
Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang
dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah
berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan
dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.
Langkah
diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan.
Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam
administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat
dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.
Katanya
dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan
Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak
pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat
berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.
Sebagai
ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan
mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang
boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam
soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau
simpati kepada Ahsan.
Ahsan
sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu
kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini
kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan
mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja,
alhasilnya dia terlepas segala-galannya.
Dengan
protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan
itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada
jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan
pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan
Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai,
peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari
pengganti.
Tetapi
jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan
Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu
atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat
dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa
mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan
ditunggu oleh keretapi itu.
Ahsan
adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta
api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang
yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal
keretapi.
Nasihat
akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku
seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada
saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin
muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya
kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada
dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah
mengotakan kata-katanya itu.
Sedap
telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga
dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi
apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar
dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus
hilang.
Kepada
salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan
dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang
Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan
menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan
beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.
Kalau
Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal
sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk
bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan
jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.
Saya
sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan
atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah
orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak
kurang 10 kali sehari.
Akhirrul
kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang
mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam
gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air
dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil
gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.
Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.