Followers

Friday, January 20, 2012

PEMIMPIN AMNO KECUT TELORG ??

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menolak cadangan supaya harta dan aset menteri dan ahli keluarga terdekat diisytiharkan dengan alasan tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka.

“Adakah ia bahaya terhadap keselamatan harta dan keluarga menteri tersebut atau bahaya pada masa depan mereka jika diketahui aset mereka yang bernilai jutaan ringgit itu?” soalnya lagi. 

Katanya, umum mengetahui pemimpin negara mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan amat sukar bagi penjenayah mengambil kesempatan terhadap pemimpin negara sekiranya aset mereka diketahui ramai. 

Menurutnya, mungkin Nazri bimbang sekiranya aset pemimpin negara didedahkan, lebih ramai menteri kabinet tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana ditolak oleh pengundi. “Adakah Datuk Seri Nazri Aziz mahu melindungi ‘pekung’ atau keburukan pemimpin negara supaya tidak dapat dihidu dan dilihat rakyat?”

Beliau berkata, mungkin jika diketahui aset mereka ini, lebih banyak lagi skandal akan dibongkar oleh rakyat menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin negara bakal tersungkur. Selama ini, sering kali pemimpin negara dipalitkan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, bahkan ada antara mereka yang telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. 

Kita cabar Nazri supaya melaksanakan syor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar aset menteri kabinet dan pasangan mereka didedahkan untuk pengetahuan umum. “Sekiranya menteri-menteri kabinet benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan, tidak ada apa yang perlu dilindungi dan ditakutkan,”


 Tok Batin Deris's photo. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.