Kajian
seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM),Profesor Edmund
Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan
lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan
Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).
Laporan itu
menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan
lebih rendah kerana tidak perlu membayar ‘komisen’ kepada pihak-pihak
tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan
sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.
Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.
“Akibatnya, golongan usahawan
Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada
komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan
Umno.
“Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan,” kata Edmund Gomez.
Beliau berkata demikian di dalam satu sesi forum ekonomi bertajuk, Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar? di Shah Alam, baru-baru ini.
Edmund
Gomez menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai
matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan
jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati
sasaran.
“Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia,” katanya.
Persoalan
sebenarnya sekarang, Edmund Gomez berkata, adalah bukan tentang jurang
pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam
sesuatu komuniti itu sendiri.
“Kita tengok, walaupun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.