Bila mantan timbalan perdana menteri Ghafar Baba mengumumkan
bahawa KLIA bakal dibina di Sepang, pemaju menyangka bahawa lapangan
kapal terbang itu akan dibina di Bukit Beruntung terpaksa menyelamatkan
diri dengan berusaha mencari apa-apa pelaung pelaburan yang ada disitu.
Langkah seterusnya yang diambil oleh kerajaan pimpinan UMNO adalah
untuk membekukan transaksi yang melibatkan hartanah di daerah Sepang
termasuk kerja pembangunan. Jadi, selain dari aktiviti persendirian dan
menuai hasil kelapa sawit, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tanah
telah diberhentikan. Walaupun ada yang ingin bertanyakan status tanah
disana, mereka berhadapan banyak sekatan dan ramai juga yang berputus
asa dalam mencari peluang yang ada kaitan dengan KLIA.
Apa yang tidak diketahui rakyat adalah segala kaitan dengan UMNO
telah dijalankan secara rahsia semasa segala urusan ini diberhentikan.
Selepas empat tahun, barulah pembinaan KLIA dimulakan. Banyak tanah di
Sepang bertukar tangan semasa tempoh sebelum 4 tahun itu dan apabila
bidaan dibuka, kroni-kroni UMNO telah mendapat laba yang besar hasil
penjualan tanah yang telah didapatkannya secara rahsia.
Implikasi besar kepada UMNO
Sekarang, perkara yang sama berulang kembali.Semua pintu mula ditutup
supaya tindakan dalaman boleh berlaku. Sememangnya UMNO adalah parti
dimana perbalahan dalaman berlaku dengan rancak yang disembunyi oleh
keamanan yang cuba dilakonkan. Untuk beberapa minggu yang lalu, ramai
telah leka dengan kes liwat II- pada mulanya dan selepas itu kegembiraan
tercetus setelah keputusan pembebasan diumumkan.
Tanpa mereka sedari keputusan sebegitu memberi kesan yang agak berat
kepada pemimpin tertinggi UMNO atau presiden parti itu snediri, Perdana
Menteri Najib Razak yang telah terjerat.
Najib nampaknya sekarang bukan sahaja terdesak tetapi berada dalam
masalah serius. Walaupun UMNO masih boleh memenangi pilihanraya umum
yang akan datang, namun kemenangan dijangka tipis. Itu sahajalah khabar
gembira buat UMNO yang berada dalam pakatan BN, yang telah memerintah
Malaysia sejak 1957, walaupun Najib nampak gayanya tidak ambil peduli.
Apa yang paling merunsingkan PM yang berusia 58 tahun ini aadalah
mantan perdana menteri, iaitu yang juga orang kuat parti, Mahathir
Mohamad akan menolak dirinya jatuh dari kerusi presiden dan seterusnya
dari jawatan Perdana Menteri. Dengan menggunakan cara sendiri dalam
menangani kes Anwar, Najib sudah menyinggung perasaan ramai pihak dan
mereka telah memutuskan untuk tidak menyokong dirinya lagi.
Keseorangan di atas
Sekarang, Najib berseorangan di atas. Dia mungkin telah menyesal akan
keputusannya membebaskan Anwar daripada memaksa mahkamah untuk
menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dengan memenjarakannya selama seumur
hidup.
Bila dia telah membuat keputusan yang bersejarah untuk membiarkan
mahkamah membuat keputusan terhadap Anwar, Najib fikir dia tidak perlu
bimbang lagi. Kerana pemikiran singkat dan dirinya yang tidak
berprinsip, dia boleh kiranya meminta Peguam Negara untuk merayu
keputusan itu pada bila-bila masa. Dapatkan keputusan bersalah dan
sumbat Anwar ke dalam penjara.
Najib berserta penasihat-penasihatnya ingat apabila mereka merayu,
mereka boleh memberi Saiful Bukhari Azlan sejumlah ganti rugi yang
banyak untuk menutup mulutnya dan mendakwa Anwar diatas
kesalahan-kesalahan lain seperti kesalahan melakukan seks bersama
pelacur yang terkandung dalam video yang disebarkan oleh trio Datuk T.
Jadi, bagi Najib, walaupun ia amat meghairankan, Anwar bukanlah masalah
utama baginya, dia mampu memusnahkan Anwar pada bila-bila masa sahaja.
Dengan pembebasan itu, apa Najib dan penasihatnya mahu adalah untuk
mengugut sesiapa sahaja yang membawa masalah dan memberi tekanan
kepadanya untuk kesempatan bertanding dalam pilihanraya yang ke 13 ialah
dengan membiarkan Anwar bebas. Dia tahu bahawa ini akan menyukarkan
peluang UMNO-BN untuk menang dan jika Anwar menjadi PM, Mahathir akan
jatuh tersungkur.
Najib cuba memberitahu semua terutamanya mereka yang bereda didalam
UMNO, jika dia tidak berjaya, yang lain akan merima nasib yang sama.
Najib sedang menunggu signal dari Mahathir tapi Nampak gayanya Mahathir
masih lagi kecewa dengan keputusan 901 yang belum mendapat maklumbalas
lagi. Adakah Mahathir merasakan tekanannya sekarang?
Langkah ke 2- Rombakan kabinet
Seterusnya, jika tiada respons positif dari musuh-musuhnya dengan UMNO,
dia akan merombak kabinet. Kali ini dia akan menggugurkan mereka yang
sering menyeksanya – ya, menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang
berpaling dari dirinya, dan yang mencabarnya termasuk anak Mahathir,
Mukriz, timbalan menteri perdaganagan antarbangsa.
Musuh utama Najib sekarang bukanlah pembangkang, tetapi orang-orang UMNO sendiri.
Sekarang cerita ini sudah disebarkan oleh kalangan cyber-trooper yang
dilantik penasihat-penasihat Najib. Berapa jauhkah Najib sanggup pergi
dan ini semestinya resepi untuk menyelamatkan air mukanya apabila sudah
terperangkap.
Sebenarnya kebenarannya amat mudah untuk difahami. Sebab yang sama
kenapa Mahathir takutkan kembalinya Anwar berkuasa adalah sama dengan
masalah Najib dan Rosmah- pembelaan ke atas korupsi-korupsi yang mereka
lakukan.
Jumlahnya adalah besar bagi Najib walaupun tidak sebesar Mahathir dan
Daim Zainuddin. Ia boleh dikategorikan dalam carta 5 teratas kekayaan
yang diperolehi puak UMNO. Bagi Najib dan Rosmah, ada kisah pembunuhan
Altantuya Shaariibuu yang terpaksa mereka takutkan.
Percubaan Najib dan Rosmah untuk mengurangkan kerugian
Jadi, apa yang mungkin berlaku adalah Najib dan Rosmah yang telah
berada dalam keadaan terdesak di saat-saat akhir. Dia terpaksa menukar
babak terakhir itu untuk memaksa rakyat menerima siapakah yang berkuasa
dalam polotik Negara.
Pelan itu termasuk mengadakan tunjuk perasaan
jalanan dan memenjarakan pemimpin-pemimpin pembangkang dibawah ISA
kerana cuba mengugat keamanan Negara. Dia dan Rosmah sedar jika dia
memenjarakan Anwar, Mahathir dan pengikut-pengikutnya dalam UMNO akan
memuji tindakannya itu tetapi mereka akan menjadi orang jahat di mata
dunia.
Sekarang masalah baru Najib adalah bagaimana untuk menutup mulut
Mahathir. Inilah perkara yang paling penting. Bagi Anwar dia boleh
menggunakan Saiful untuk merayu keputusan dan memberi tekanan pada ketua
pembangkang. Ini sekali lagi mencerminkan kebodohannya, sikap tidak
ikhlasannya dan ketidakupayaan mendahulukan kepentingan rakyat.
Selepas respons yang agak dramatik dari serata dunia, dengan
pembebasan Anwar yang diraikan di segenap masyarakat dunia, untuk Najib
sekali lagi membuat pusingan U. akan mengakibatkan kebencian terhadap
dirinya dan melenyapkan Malaysia dari mata pelabur sama ada kecil
mahupun besar di serata dunia.
Tapi inilah kelemahan Najib Razak, anak sulong perdana menteri kedua
Malaysia Razak Hussein yang dibenci bukan Melayu terutamaanya Cina dan
telah dipersalahkan berlakunya kejadian 13 Mei, 1969, yang menyaksikan
tujuk perasaan jalanan yang berdarah.
Sandiwara
Najib dan Mahatir akan meneruskan sandiwara siapa yang berkuasa di
kerusi UMNO dan kehilangan hijab yang menutup tindak-tanduk kotor mereka
dari dikesan masyarakat.
Berapa jauh lagi Najib akan pergi? Bagaimanakah dia akan mengorbankan
masa depan Malaysia? Jika diamati apa yang pernah berlaku, Najib jarang
berfikir panjang untuk kebaikan rakyat. Dia juga sedar tempoh masanya
sebagai presiden UMNO semakin singkat.
Mahathir pergi juga pada tahun
2003- terpaksa akibat perpecahan dalaman parti. Bolehkah Najib yang 100
kali tidak berdaya memegang tampuk parti UMNO yang telah bertukar
menjadi kapal lanun dalam tempoh dia memerintah ini?
Tidak, peluangnya adalah untuk berpegang kepada senarai calon boleh
menang dan cuba untuk berunding.
Mungkin ada perjanjian yang akan dibuat
dengan Mahathir. Melalui cara ini, Najib akan memastikan ada sejumlah
penyokong dibelakangnya walaupun kehilangan sokongan ramai
bahagian-bahagian UMNO yang lain.
Pembebasan Anwar akan bermakna ramai lagi orang UMNO yang akan
berhijrah kepasa Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP. Mengikut kata
orang kuat UMNO sendiri, Najib juga sanggup mengenepikan BN dari
Sarawak jika mereka berpaling dari dirinya. Jadi, parlimen yang
tergantung dan kerajaan perikatan bukanlah sesuatu yang tidak mustahil.
Bagi Anwar dan Pakatan, mereka tidak boleh alpa dalam meraikan
kejayaan. Kejayaan yang berada di dalam tangan mereka tetpai mereka
mesti berusaha dengan lebih keras untuk memastikan mereka tidak
menghampakan rakyat dan keputusan yang juga dianugerahkan Tuhan pada
hari Isnin yang lalu, adalah sejarah 901.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.