Sedang saya melepak di Pusat Dagangan Dunia Putra beberapa hari yang lalu, saya memerhatikan beberapa pemimpin Melayu yang datang dari serata pelusuk negara.
Walaubagaimanapun, tiada perbezaan antara seorang ahli UMNO di KL dengan yang berasal dari Terengganu . Dari segi percakapan mungkin ada bezanya, tapi segi perangai, keangkuhan dan pemakaian sama sahaja. Seorang ahli UMNO boleh dikenali dari jarak jauh lagi.
Ramai yang boleh dilihat berkeliaran disekitar Starbucks, McDonalds, lobi hotel Pan Pacific, Sunway dan Hotel Putra dengan memakai baju sutera, membawa telefon pintar dan ipad. Kerana perasaan ingin tahu, saya duduk hampir kepada Starbucks untuk mendengar perbualan mereka. Tiada yang istimewa, cuma cakap-cakap biasa seperti di kedai kopi.
Persoalan bernilai satu juta
Tiba-tiba, seorang yang agak menonjol membuka topik tentang Khairy Jamaluddin, ketua pemuda yang kontroversi. Saya pun mula memasang telinga, "macam mana bro chief ada peluang tak untuk bertanding pilihanraya nanti?"
Seorang lelaki yang berwajah selamba menjawab, “ Takda peluang! Tengok lah macam mana Don sudah support Najib 100%, takan lah Najib nak kecewekan dia."
Sekarang, saya keliru, siapakah Don, selepas itu saya mula sedar bahawa dia adalah Mahathir Mohamad.
Hanya beberapa hari yang lalu, dia mengasak Perdana Menteri Najib Razak dan selang beberapa hari memujinya sehingga ke langit.
Jadi, dari rentak mereka, saya rasa mereka tahu ada perjanjian di antara Najib dan Mahathir. Mereka ini pemuda-pemuda Umno.
Memberi apa yang diminta
Sama ada perjanjian dibuat atau tidak, saya tidak peduli siapa yang Umno letak didepan. Kita takkan peduli kerana tidak menyokong kerajaan korup dan rasis seperti BN dan Umno, yang kemudiannya mengadakan Perhimpunan agung untuk membuktikannya. Dari presiden Umno hingga ke delegasi yang berucap, semuanya memberi komen menghasut dan perkauman.
Apakah yang kita boleh harapkan di masa hadapan? Bagaiman mereka mahu mereformasikan negara jika gagal mereformasikan diri sendiri? Kehidupan mewah yang mereka jalani selama ini adalah dari punca yang salah, terlalu enak untuk dilepaskan.
Kenapa nak berubah bila mereka warisi pemerintahan? Walaupun telah dibuktikan bahawa ramai yang korup dikalangan mereka dengan skandal yang akan menggerunkan orang biasa, mereka tidak akan peduli. Kenapa mahu peduli tentang rakyat jika mereka hanya diperlukan sekali untuk lima tahun,
Bagi mereka rakyat memang bodoh dan akan lemah jika disogokkan apa saja. Rakyat cuma alat untuk dimanipulasi mengikut kehendak mereka. Contohnya, pelan 1Malaysia, bila kita mendengar Najib berucap di dalam perhimpunan, adakah dia ingat akan apa yang diwar-warkannya tentang perpaduan yang merupakan asas ucapan 1 Malaysia?
Ini adalah polisi kontroversi yang dilancarkan melalui APCO. Pepatah, "When in Rome do as the Romans do" (masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek) adalah apa yang dipraktikkan oleh
Najib.
Jika bersama Cina atau India, dia akan mencanangkan gong 1 Malaysia. Tapi, bersama orang Melayu, dia menjadi badut. Tidakkah Nampak begitu apabila dia melepaskan geramnya terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dalam ucapannya?
Hari in lain, esok lain
Dari sudut ini, Muhyiddin lebih baik. Sekurang-kurangnya, dia teguh dengan pendirian “Orang Melayu dulu, orang Malaysia kemudian” yang membolehkan kita untuk menyimpulkan pendirian kita terhadapnya. Tiada tempat untuk PM yang rasis di Malaysia, yang mempunyai pelbagai kaum yang dilindungi perlembagaan.
Tiada juga tempat untuk PM yang hipokrit dan penipu di Malaysia yang hari ini cakap lain, esok cakap lain.
Tiada satu masa pun pemimpin Umno atau delegasinya yang mewakili 3 juta ahli bercakap tentang bagaimana mereka mahu mereformasikan parti menjadi lebih baik dan sihat untuk rakyat terutamanya orang Melayu.
Sememangnya tiada! Semuanya hanya menghentam Anwar dan DAP
Gerunnya mereka terhadap Pakatan telah membuatkan mereka takut dan berhalusinasi saja, sehinggakan mereka meracau. Kenapa menghentam orang Cina dan DAP? Hanya kerana DAP itu parti Cina?
Diantara MCA-Cina, Gerakan- Cina dan DAP-Cina
Jika mereka tidak suka dengan orang Cina, kenapa nak bergabung dengan Cina dari MCA dan Gerakan?
Adakan Cina parti ini dari planet lain? Mungkin mereka adalah Cina yang boleh dibeli?
Ini adalah persoalan yang bermain di kepala Umno untuk dijelaskan kepada rakyat jelata, kenapa mesti ada perbezaan? Jadi, kenapa Umno menerima MCA dan Gerakan tapi menolak DAP?
Sebagai parti pemerintah terbesar, Umno mempunyai tanggungjawab kepada rakyat-dari orang Dayak di Sarawak ke Kadazan di Sabah, Negrito-Jakun di Cameron Highlands dan Punjabi di Port Klang, juga kaum-kaum lain di Malaysia.
Semuanya rakyat Malaysia. Bila anda mula menghentam sesuatu kaum, kamulah yang rasis. Orang rasis tidak mempunyai tempat di dunia ini, hanya di rumah sendiri.
Umno sudah kehilangan ramai penyokong
Umno telah terpesong jauh sebelum pilihanraya ke -13 diumumkan. Orang melayu mula memperlekehkannya juga. Perhimpunan Agung Umno ini akan dilihat sebagai sebab terakhir kecundangnya Umno.
Mereka mempersiakan banyak peluang untuk membuktikan kepada rakyat akan transformasi yang boleh dilakukan untuk Malaysia. Malangnya, mereka memilih untuk meruntuhkan semangat rakyat. Rakyat sudah nampak belang sebenar Umno yang lemah dan tidak cerdik.
Adakah rakyat akan memperjudikan masa hadapan mereka dan anak mereka untuk memberi peluang kepada pemimpin Umno yang lemah, mewah, tamak dan rasis seperti mereka.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.