Pakatan Rakyat hari ini menuntut agar rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama ditarik balik.
Sambil menyuarakan bantahan keras mereka terhadap rang undang-undang itu, pemimpin Pakatan berkata ia adalah lebih zalim daripada Seksyen 27, Akta Polis.
“Ini langkah terkebelakang. Semua orang kecewa dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak telah menghancurkan harapan yang diberikannya dua bulan lalu.
“Sekatan baru itu amat birokratik, tidak demokrasi dan terbuka kepada pelbagai salah guna kuasa,” kata supremo DAP Lim Kit Siang.
Bagi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara perkara yang dianggap menindas itu adalah keperluan notis 30 hari yang penganjur mesti kemukakan kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan.
"Ini jelas menunjukkan kongkongan pihak pemerintah terhadap rakyat, sama seperti di negara-negara ekstrim Arab dan Myanmar.
“Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.
“Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabatnya di Parlimen hari ini.
Justeru, kata Anwar yang juga ketua pembangkang, dalam usaha membantah akta itu, beliau dan ahli-ahli parlimen Pakatan akan menimbulkan bantahan mereka pada persidangan Dewan Rakyat secara berterusan.
Bagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, undang-undang baru itu tidak praktikal kerana penganjur perhimpunan perlu memohon 30 hari lebih awal untuk berhimpun.
“Bagaimana jika Israel misalnya menyerang Iran secara mengejut dan kita mahu adakan himpunan, tidakkah undang-undang ini sangat tidak praktikal?” soalnya.
Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok jam 1.30 petang bagi membantah rang undang-undang baru itu.
Turut hadir pada sidang media itu adalah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali; naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; ketua pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara itu, Bernama melaporkan Anwar berkata, semua pemimpin parti pembangkang - PKR, DAP dan PAS - bersedia berjumpa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk berbincang mengenai tarikh sesuai bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar mengulas kenyataan Abdul Aziz semalam bahawa SPR akan menemui semua kerajaan PKR Selangor, kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan Pas Kelantan dan Kedah supaya pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen diadakan serentak atas sebab untuk menjimatkan masa dan wang.
Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau hanya akan berjumpa dengan Abdul Aziz sekiranya PRU-13 serentak itu dilakukan tahun depan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata Dewan Undangan Negeri
Selangor tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun tahun depan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.