Followers

Wednesday, November 23, 2011

Siapa Adun Perak Yang Kaki Judi, Arak dan Perempuan?

 

Terdapat 59 orang Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) di Perak, baik daripada pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang. Mereka-mereka ini telah dipilih oleh rakyat negeri Perak untuk duduk dikerusi tersebut bagi menyumbang khidmat kepada rakyat di kawasan mereka.

Sudah tentulah mereka ini dipilih dikalangan calon-calon yang bertanding kerana kelayakan, kebolehan dan juga akhlak ataupun moral mereka yang baik.

Namun, peribadi yang dipamerkan dihadapan khalayak tidak semestinya mencerminkan peribadi dan akhlak mereka yang sebenarnya. Banyak rahsia-rahsia tersembunyi dari pandangan mata rakyat.

Semalam, timbul satu artikel yang mendakwa bahawa terdapat seorang Adun Perak yang kaki judi, minum arak dan main perempuan. Begitu serius dakwaan artikel tersebut mengenai Adun ini sehingga dikatakan yang beliau telah meniduri PA (Personal Assistant) beliau sendiri.


Diharap semoga dakwaan penulis artikel tersebut adalah sesuatu yang tidak benar. Dan jika ternyata ada kebenaran disebalik dakwaan itu, rakyat negeri Perak perlu lebih bijak dalam memilih siapa yang sepatutnya diangkat sebagai pemimpin.


N'N: ADUN daripada UMNO/BN itu mesti menafikan dakwaan itu jika tidak benar.

Sumber:Ajijoi


Panas! Skandal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 1
Posted on Tuesday, November 22 @ 15:20:56 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh Seex Arc

Adalah amat susah untuk menutup bangkai yang sedang membusuk. Sebelum artikel ini di tulis, pada mulanya agak sukar untuk mempercayai info yang telah di sampaikan oleh rakan-rakan mengenai ADUN di Negeri Perak ini.

Menurut info yang di perolehi, ADUN ini merupakan seorang kaki judi. Sejak kebelakangan ini, giannya terhadap judi ini semakin parah dan beliau di katakan pernah main sehingga wang RM 2 juta di habiskan. Permainan judi yang sangat di minatinya ialah ‘Jack pot’.

Taksub ADUN ini terhadap judi sehingga adakalanya beliau tidak pulang kerumah kerana asyik dengan permainan itu. Selain dari itu, beliau juga di katakan kaki perempuan dan juga meminum arak. Yang terkini, beliau di katakana telah meniduri PA beliau sendiri.

Untuk mendapat kepastian, kami telah lakukan satu siasatan dan ternyata ianya benar. Kami telah ke kelab yang sering beliau habiskan masa untuk membuat aktiviti-aktiviti gelapnya.

ICC : Inilah kelab yang ADUN Pengkalan Bharu selalu menghabiskan masanya.

ADUN yang berkhidmat selama 21 tahun ini juga banyak terlibat dengan tauke-tauke cina untuk mendapatkan sumber kewangan. Tidak kurang juga ada tauke-tauke yang telah ‘terkena’ dengan janji-janji ADUN ini. Di samping itu, beliau juga telah mempergunakan Pegawai Khas MB Perak, Dato Azhar untuk mencapai hasratnya. Dato Azhar telah di perbodohkan malah telah di laga-lagakan pula dengan Dato Manaf Hashim demi untuk memberi ruang kepada anaknya menjadi calon pada PRU ke 13 nanti.

Adakah pemimpin seperti ini yang kita kehendaki? ADUN yang saya maksudkan ialah YB Dato’ Hamdi Abu Bakar (ADUN Pengkalan Bharu). Apa yang telah di lakukan oleh ADUN ini sangat memalukan. Kita tunggu adakah beliau akan menafikan skandal ini.


(Bahagian ke 2 akan menyusul)

Tranungkite

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.