Artis Turut Bincang Negara Berkebajikan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesiapa juga tidak perlu bimbang jika PAS menang dan membentuk negara berkebajikan.
"Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.
'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.
"Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," kata ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.
Ternyata semua lapisan rakyat termasuk artis dan sesiapa juga amat tertarik dengan konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS. Hanya Umno/BN sahaja yang tidak dapat menerima konsep tersebut kerana mereka tahu dalam negara kebajikan tiada peluang untuk mereka melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya./mutaligat
Sumber : Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.