Followers

Friday, November 11, 2011

Shahrizat Jalil Akan Letak Jawatan? - Posted by Addin

Ketua Wanita PKR menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meninggalkan politik dan letak jawatan jika benar-benar mengambil berat tentang Pergerakan Wanita Umno ekoran pendedahan masalah berkaitan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).  
 
YB Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu seharusnya mengutamakan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan wajar menunjukkan bahawa wanita lebih berwibawa dan berintegriti.

“Tindakan paling hormat untuk beliau lakukan adalah berhenti daripada kerajaan dan meninggalkan politik kerana tidak akan ada lagi pendedahan berkenaan projek ini,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Katanya, hanya tindakan meletak jawatan boleh menyelamatkan imej ahli-ahli Wanita Umno yang turut berhadapan dengan skandal tersebut, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.