Followers

Wednesday, November 9, 2011

RM67.5 Juta Bagi Program Keusahawanan Belia dan Sukan - Oleh Afix Redzuan

 
SHAH ALAM 9 NOV: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM67.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 hari ini.

Menurut Abdul Khalid, peruntukkan untuk golongan belia merangkumi pembangunan dan penyediaan infrastruktur sukan
"Untuk belia, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM3.5 juta bagi Program Pembangunan Belia. 

Kerajaan negeri juga turut memperuntukkan bajet untuk menambah nilai perniagaan bagi golongan belia menerusi Program Keusahawanan Muda dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Dari segi pembangunan sukan, kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta sementara Pembinaan Infrastruktur Sukan kita peruntukkan sebanyak RM 30juta," katanya.

Belanjawan 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat memperuntukkan sejumlah RM1.6 biliion iaitu kenaikan 11.89% berbanding RM1.430 billion pada 2011.

Daripada jumlah ini, RM1 billion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM600 juta atau RM0.6 billion untuk perbelanjaan pembangunan.

Ini kali keempat berturut-turut kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Belanjawan ini sebagai kesinambungan dan mengukuhkan kepada usaha-usaha mengagihkan kekayaan negeri di bawah dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.