Followers

Wednesday, November 9, 2011

RM426.5 Juta untuk Parlimen Pakatan tu dah diberi kepada Ketua Bahagian UMNO lah YB..

 
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, kemana sebenarnya dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, sedangkan dana tersebut tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.
 

“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

 

Kalau nak tunggu Najib jawab.. tak tahulah bila dia nak jawab..

Dulu pernah seorang Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) memberikan jawapan terhadap soalan tersebut bila diajukan oleh Allahyarham Dr. Lo Lo.. jawabnya "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima."

Anak Sungei Derhaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.