Selesai Haji. PM nampak semakin comel berjubah. Poster PRU13 nanti tentu akan menggunakan Najib siap berpakaian ihram atau jubah berserban! |
Kepulangan PM Najib hari ini dari menunaikan fardu haji di Tanah Suci Mekah dengan membawa satu berita paling menggemparkan apabila dia mengumumkan sambutan paling luar biasa daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap pemerintahan negara kita sekarang.
PM Najib juga mengumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah memecah satu rekod dunia dan mencipta sejarah apabila dijemput berucap memberikan ceramahnya di Mina dalam bahasa Arab. Ceramah yang dibuat oleh beliau merupakan satu-satunya menteri dari Malaysia yang diberi penghormatan sebegitu oleh Kerajaan Arab Saudi. PM Najib juga mengatakan ceramah tersebut dipuji dan diperkatakan di seluruh Arab Saudi!.
PM Najib juga mengumumkan satu lagi rekod dunia tercipta apabila beliau diberi peluang berbual dengan Raja Abdullah yang berada di Riyadh. Mereka berbual selama 25 minit melalui telefon.
Satu lagi rekod dunia dipecahkan oleh PM Najib diumumkan olehnya tadi apabila menjadi pemimpin pertama dunia yang bertemu dengan Putera Mahkota baru iaitu Putera Naif. Mereka dipertemukan selama setengah jam.
Merumuskan perkembangan yang berlaku di Tanah Suci tadi , Najib berkata ini membuktikan Raja Abdullah yang merupakan penjaga Tanah Suci Mekah nampaknya telah merestui pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang ada sekarang dan amat memuji mereka.
Nampaknya pemergian rombongan PM dan delegasinya ke Tanah Suci kali ini berhasil mendapat berkat dari Kerajaan Arab Saudi dan misi mereka berjaya nampaknya. Sudah tentu peristiwa ini menjadi satu modal besar untuk semua orang Melayu memangkah Umno atas restu yang besar Najib terima dari Raja Abdullah.
Haji Najib sudah bersedia untuk berentap dalam Pilihan Raya nampaknya. Ini bakal menjadi ujian pertama baginya semenjak memegang tapuk pemerintahan negara setelah mengambil alih daripada Pak lah.
Modal menunaikan haji digunakan terus sebaik sahaja beliau memijakkan kakinya tadi di tanah air dan selepas ini kita bakal melihat semua poster BN akan memaparkan Najib dengan lengkap berpakaian Ihram.
Agaknya ramai ke orang Melayu akan terpengaruh dengan pemergian Najib yang bergelar Haji sekarang ini???
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.