Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?
“Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa,” ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.
Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.
Persoalan pokok Najib harus jawab
Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini.
Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam ‘pemegang kunci utama’ yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?
Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?
Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?
Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?
Suruhanjaya Siasatan Diraja
Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.
Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti.
Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.
Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat
Masa untuk kebenaran
Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.
Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.
Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan –
(i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum;
(ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum;
(iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum;
(b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya;
(c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat;
d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.
Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.
Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai ‘sulit’ walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.
Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar
Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka ‘kecut’ menaikkan isu ini. Tetapi kenapa?
Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka?
Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.
Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran.
Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’ lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.
Jika wang ini tidak disitakan!
Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama ‘budak-budak’ UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.
- Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.