Followers

Wednesday, October 5, 2011

MALAM INI : Jemputan Buat Wanita Pertama, Yang Amat Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor

 
Kerajaan Rakyat: Andaikata YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak uzur atau tengah senggugut kerna nak period dan tidak dapat hadir, rakyat bolih maafkan. Walau bagaimanapun kehadiran Yang Amat Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor amat dialu-alukan. 


Datuk Seri Wan Azizah Ismail dengan takzimnya mengundang 'Wanita Pertama' yang diketahui umum amat prihatin terhadap kebajikan rakyat, Yang Amat Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor ke majlis berikut:


Saudara-saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Malaysia telah membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 di Parlimen sebentar tadi. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bagaimana Belanjawan Alternatif 2012 oleh Pakatan Rakyat akan membolehkan kenaikan gaji  bagi 1.3 juta penjawat awam, pelaksanaan gaji minima RM1,100 dan penambahan subsidi untuk semua rakyat Malaysia sebanyak RM22 billion bagi meringankan bebas kos sara hidup. Ini dapat dicapai melalui penjimatan perbelanjaan mengurus negara sehingga RM220 billion yang seterusnya mengurangkan defisit negara kepada 4.4 peratus. Pembaziran wang negara dapat dielakkan seperti memotong perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 billion dan penyemakan semula sistem perolehan kerajaan.

Susulan daripada itu, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan Forum Belanjawan Alternatif 2012 dan ingin menjemput saudara-saudari untuk hadir bagi kupasan lanjut mengenai Belanjawan Alternatif 2012.

Butiran Forum adalah seperti berikut:
 
Tarikh:               5 Oktober 2011 (Rabu)
Masa:               8.00 malam - 10.30 malam
Tempat:             Ballroom, Hotel Quality, Plaza Perangsang, 40000 Shah Alam, Selangor
Ahli Panel:        YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor                     
                        YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
                        Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor


Orang ramai dijemput hadir.
 
oleh: Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.