Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.
Gaji minimum Pakatan
Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.
Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000.
Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000.
Jika 25 peratus ini diterjemah kepada jumlah, ia bermakna sekitar 300,000 orang akan mendapat manfaat atas pengenalan gaji minimum.
Malah, secara keseluruhannya Pakatan mahu mengekalkan imbuhan di samping menambah elaun serta memperbaiki sistem kenaikan pangkat yang selama ini menjadi keluhan di kalangan kakitangan awam.
Majoriti dari 25 peratus kakitangan awam ini adalah kaum Bumiputera yang kurang mendapat peluang dari laba kemewahan ekonomi Malaysia. Malah adalah satu realiti bahawa golongan ini mempunyai pendidikan yang sederhana.
Sudahlah peluang kenaikkan pangkat agak sukar, peluang untuk melanjutkan pendidikan juga agak terhad. Justeru, keputusan drastik dan luar biasa perlu dilakukan, iaitu dengan memperkenalkan satu mekanisme sistem gaji minimum dan reformasi sistem kenaikan gaji serta pangkat.
Dasar ini dengan jelas menjawab fitnah UMNO-BN yang mendakwa kononnya
Pakatan Rakyat mengabaikan golongan Bumiputera. Sedangkan umum tahu siapa yang menjadi kerajaan pusat pada masa yang menyebabkan Bumiputera menanggung masalah.
Tawaran BN – gembira sebulan, merana selamanya
Kerajaan pusat BN mahu memperkenalkan gaji tahunan penjawat awam yang akan ditingkatkan di antara RM80 hingga RM320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke Sistem Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 dan 13 peratus.
Dari segi jumlah wang yang bakal diterima oleh 25 peratus kakitangan awam yang berpendapatan di bawah RM1,000, mereka hanya akan menerima kenaikan sekitar RM80 hingga RM100 sahaja, tambahan dari gaji mereka yang sudah sedia rendah itu. Ini kerana mengikut gred perjawatan, kebanyakan golongan ini adalah berjawatan Pembantu Am Pejabat dalam gred N1 hingga N4.
Bandingkan dengan tawaran Pakatan yang akan memastikan pelaksanaan gaji minimum.
Memang gaji minimum sahaja belum memberi jaminan terhadap peningkatan mutu dan produktiviti kakitangan awam.
Di sini kita perlu juga memahami bahawa faktor utama selain sikap dan latihan, ialah dilema kakitangan awam yang rendah produktivitinya adalah disebabkan faktor upah dan kos sara hidup. Ini menjadi faktor paling besar.
Dengan kata lain, kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat akan berjaya menunai dan menyelesaikan faktor halangan utama untuk mendorong kakitangan awam meningkatkan mutu kerja.
Oleh yang demikian, bagi mana-mana kakitangan awam selepas pelaksanaan gaji minimum, mereka tidak punya alasan lain untuk tidak produktif.
Ibarat kata, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan.
Rakyat termasuk perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar, yang membayar cukai menuntut perkhidmatan awam yang terbaik.
Guru dan perguruan.
Bagi Pakatan Rakyat, sudah agak jelas keperluan golongan sektor perguruan iaitu, imbuhan tetap RM500 bagi setiap orang guru di samping elaun dan imbuhan-imbuhan serta peluang kenaikan pangkat yang telah sedia ada, di samping pembaikan daripada kelemahan sistem sekarang.
Imbuhan ini juga berperanan seperti gaji minimum. Ia akan menjadi pendorong bagi golongan guru untuk melaksanakan amanah dengan sedikit keselesaan dalam menjalankan tugas penting mendidik anak-anak Malayasia.
Kita memahami kompleksiti di dalam sektor perguruan. Perubahan pada salah satu daripadanya yang akan memberi kesan secara langsung ialah reformasi sistem pendidikan.
Oleh itu, apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat, sudah pasti akan wujud usaha untuk mereformasikan keseluruhan sistem.
Guru memerlukan satu keadaan yang kondusif untuk mereka fokus mengajar, ini bermakna mereka memerlukan satu sistem pendidikan yang baik dan jelas. Kerja mengajar adalah kerja guru dan kerja mentadbir adalah kerja pengurus.
Pakatan perlu memberi tumpuan serius untuk memastikan guru-guru tidak lagi dibebankan dengan paper work supaya mereka dapat menumpukan tugas sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak kita.
BN masih berjanji, guru-guru sudah menanti berpuluh tahun
Kerajaan UMNO-BN menggunakan faktor ‘masa’ untuk membeli keyakinan para guru.
Kata pemimpin besar BN, “Seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja”.
Lihat bagaimana silap mata UMNO-BN ini yang sedang cuba mengaburi mata guru. Malah, taktik mengumpan guru-guru dengan faktor ‘masa’ jelas merendah-rendahkan intelek guru-guru seolah-olah mereka tidak pandai mengira dan menghitung.
Bukankah, sistem kenaikkan pangkat cara BN ini tidak akan menyelesaikan masalah utama golongan guru? Bukankah guru mahukan pembelaan dari aspek kenaikan imbuhan tetap dan suasana kerja yang kondusif?
Guru masih di takuk lama, hanya diumpan dengan kenaikan pangkat yang belum tentu keberkesanan perlaksanaannya, seperti dekad-dekad sebelumnya.
Jangan lupa, dalam tempoh hendak naik pangkat itu nanti, kos sara hidup semakin meninggi, jumlah murid pula semakin bertambah, sudah tentu beban semasa guru juga meningkat.
Stress bagi kedua-dua golongan guru dan murid akan naik mendakak. Justeru apakah jaminannya dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.
Golongan pesara kerajaan
Realiti kerja dalam perkhidmatan awam ialah golongan muda mahukan lebih peluang kenaikan pangkat termasuk peluang kerja. Itu fitrah golongan muda.
Golongan tua bukannya mahu terus bekerja sangat, sama ada umur pencen adalah 58 atau 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja kerana beban hidup dan ekonomi seharian.
Ini menunjukkan kesan ekonomi yang dikendalikan oleh kerajaan UMNO-BN yang menimbulkan masalah yang memaksa orang lama terpaksa membanting tulang untuk terus bekerja walau usia telah lanjut.
Pakatan Rakyat tidak menghalang, malah menggalakkan mana-mana individu yang sihat tubuh badan terus bekerja. Ia budaya yang baik.
Faktor utama golongan pesara yang sedang meniti zaman emas, sudah tentu isu utamanya adalah ingin menikmati kualiti kehidupan di zaman tua di samping wang pencen yang mencukupi.
Ini bukan soal produktiviti tetapi ia adalah isu kualiti hidup. Golongan ini sudah tentu mahukan sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri, wang belanja harian dan simpanan yang cukup, hutang telah selesai dibayar dan bantuan kepada keperluan kesihatan yang lebih setara dari segi nilai dan perkhidmatan.
Adakah UMNO-BN sudah membuat kajian yang lengkap tentang nisbah graduan yang keluar dari IPTA(S) dengan jumlah kakitangan yang telah dan akan besrara? Adakah ianya setara?
Inilah yang dinamakan sebagai keseimbangan sosio-ekonomi. Maka, perlanjutan umur persaraan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu telah mengabaikan aspek tahap efiensi golongan tersebut. Yang nyata, dalam hal efisien ini, hanya segelintir sahaja yang masih di tahap itu.
Bukankah lebih berkesan jika ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyambung khidmat berdasarkan tahap kebolehan, keberkesanan, kesihatan dan rekod perkhidmatan yang cemerlang. Ini lebih fleksibel dan jelas.
Itu belum lagi kita mendengar keluhan dan komen golongan muda dan pra-50 tahun dalam kerajaan. Mereka bergelut untuk mencari peluang kenaikan pangkat.
Transformasi untuk Pakatan
Bayangkanlah jika di sektor awam, hanya sedikit golongan muda yang profesional berbanding golongan emas yang semakin tidak menentu tahap prestasinya. Pasti ‘transformasi’ Najib akan menjadi sesuatu yang lebih lembam. Daripada kurang efisien sekarang kepada tidak efisien sama sekali. Bukankah ini satu ironi?
Namun, barangkali ini lebih baik untuk Pakatan Rakyat kerana jika golongan profesional muda lari ke sektor swasta, ia akan memudahkan lagi akses golongan tersebut kepada Pakatan Rakyat.
Ini adalah kerana amalan politik berat sebelah dan tidak adil UMNO-BN yang selama ini mengugut mana-mana pegawai dan kakitangan awam daripada terlibat dengan politik pembangkang.
Kita tahu bahawa selama ini, golongan muda yang profesional sering dibelengu ketakutan dan ugutan untuk menyertai atau menyokong Pakatan Rakyat. Justeru, ada baiknya juga jika Najib meneruskan agenda ini. Satu transformasi yang baik untuk Pakatan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.