Followers

Tuesday, October 18, 2011

FITNAH BLOGGER UMNO TERHADAP KM P. PINANG TAK MENJADI....Tengokk...Bangsatnya Umno Nii...!!!

 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa anak lelakinya ditukar dari sekolahnya kerana dikatakan telah mencabul pelajar perempuan sekolah terbabit.

Lim berkata, beliau dan isterinya berang dengan tindakan pemilik blog pro Umno yang membuat tuduhan tersebut.

"Anak saya yang di tingkatan 4 dipindahkan ke Institut St Xavier di Pulau Pinang daripada SMK Cina Heng Ee kerana saya telah berjanji bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya, dia dipindahkan pada permulaan penggal sekolah tahun ini iaitu Januari lalu. Anak saya ingin ke sekolah tersebut kerana mahu berambut panjang yang tidak dibenarkan di Heng Ee," katanya.

Lim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadap anaknya itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

"Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindungnya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa," katanya.

JuRaGan : Melayu Umno sudah tiada maruah lagii..mereka akan menghalalkan cara walaupun bertentangan dengan agama,sebab mereka kini telah mengikut cara Yahudi Apco untuk menjatuhkan lawan dengan cara yang diLaknat Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.