Followers

Sunday, September 4, 2011

Umno tetap umno, Apco!

Isu serangan rumah pasong Bukit Kepong dan Mat Indra yang dibawa oleh Mat Sabu begitu mudah untuk diselesaikan. Namun demikian memang dasar UmnoApco akan mengambil apa sahaja kesempatan yang boleh untuk memanipulasikan isu itu bagi meneruskan proses 'pemandiran' rakyat.


Pandirnya rakyat khususnya orang-orang Melayu di kawasan luar bandar akan banyak memberi keuntungan kepada usaha pengekalan kuasa Umno/Apco. Sebab itulah apa sahaja isu yang mampu memanjangkan umur Umno mengikut penasihat-penasihat Umno perlu dimainkan sepanjang-panjangnya.


Isu kupasan Mat Sabu terhadap siapa sebenarnya Mat Indra nampaknya telah tidak timbul lagi. Yang timbul dan ditimbulkan sekarang untuk disuap bertalu-talu ke minda rakyat luar bandar yang sangat fanatik dengan suratkhabar Umno dan media elektronik umno ialah, '
media dan pencacai Umno berkata, Mat Sabu memberi ucapan (kata) sokong perjuangan komunis dan tidak menyokong polis yang mempertahankan Tanah Melayu dari penjajah British'.

Isu yang dipanjang-panjangkan sekarang bukan, apa yang Mat Sabu ucapkan tetapi apa yang media dan pencacai umno kata Mat Sabu ucapkan. Ini memang perangai Umno/ Apco yang sering mengatakan orang berkata.


Oleh yang demikian isu ini cukup mudah untuk diselesaikan tetapi oleh kerana dasar umno/Apco itu memang begitu, maka sampai kucing bertanduk pun Umno/Apco akan kata, Mat sabu kata begitu. Untuk berlaku adil kepada Mat Sabu bukanlah dari jenis spesis yang bernama Umno! Sorry lah!


Setiap kali isu Mat Sabu ini dibangkitkan, akan nampak hanya wajah Mat Sabu dengan mulut kumat kamit tanpa suara. Mulut yang bersuara tetap mulut pembaca buletin dan para pencacai Umno/Apco yang mengatakan Mat Sabu berucap menyokong komunis.


Bukankah mudah untuk diselesaikan isu sejarah ini jika perdengarkan kepada rakyat apa sebenarnya yang Mat sabu ucapkan kemudian biarlah rakyat membuat komen masing-masing? Atau pergi interview Mat Sabu secara langsung dan siarkan dalam Tv dan akhbar! Tapi jangan haraplah, ini tak akan berlaku dalam dunia 1Malaysia Apco ini. Yang tetap akan memenuhkan screen Tv ialah wajah dan suara badak air yang begitu meloyakan semua orang....wajah dan suara yang tidak diperlukan langsung dalam kehidupan rakyat Malaysia!


Jadi jelaslah isu ini sebenar bukan isu sebenar. Isu sebenar ialah isu rakyat yang begitu banyak menekan kehidupan, sosial dan emosi seperti isu barang naik, isu kecomotan daftar pemilih SPR, PATI sebagai pengundi dan sebagainya, bukan isu Mat Sabu dengan kupasan sejarahnya! Tapi umno tetap umno, Apco!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.