Followers

Sunday, September 25, 2011

Presiden UPKO “akui” Projek IC di Sabah - By Blogger Rakyat

Bernard DompokPresiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok (gambar) mendakwa bahawa Sabah mencatatkan peningkatan jumlah penduduk yang mendadak, khususnya antara tahun 1990 dan 2000.


Katanya, ini mewajarkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) yang dikatakan menyumbang kepada peningkatan yang mendadak itu.


Dompok mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memberikan data penduduk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen Mengenai Integriti pada tahun 2007 dan sehingga kini, persepsi awam ialah pihak berkuasa tidak tahu “berapakah sebenarnya jumlah rakyat Malaysia di Sabah”.


Katanya, pada tahun 1960 jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 454,561 orang di mana 42 peratus daripadanya adalah suku kaum Kadazandusun.


Pada tahun 2005, Sabah dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk, katanya.


Katanya, pada tahun itu, Sabah juga mencatat peratusan pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam negara iaitu 3.1 peratus berbanding purata kebangsaan yang hanya berjumlah 2.3 peratus. – BERNAMA


Bloggerrakyat: Kah..kah..kah..dah 48 tahun Sabah masuk Malaysia, tapi masih tak tahu jumlah sebenar penduduk Sabah? Apa yang UMNO-BN buat selama 48 tahun?


Wikileaks pernah mendedahkan bahawa bekas pengerusi SPR, Rashid Rahman telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan UMNO. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau semasa bekas ketua NGO pemantau pilihan raya, Mafrel Malek Husin bertemu beliau di kediaman peribadi milik bekas pengerusi SPR itu, pada 25 Oktober 2006.

Projek ICTaktik berkenaan atau lebih dikenali sebagai “Projek IC”, dilancarkan sekitar tahun 90-an untuk menawan Sabah yang dikuasai oleh parti pembangkang, Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994. Pilihan raya umum negeri pada tahun 1994 menyaksikan PBS  yang menguasai Sabah semenjak tahun 1985, telah kehilangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara mendadak.


Dalam “Projek IC”, UMNO telah menawarkan kewarganegaraan serta kad pengenalan kepada lebih 60,000 PATI di Sabah sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.


Berdasarkan dakwaan Bernard Dompok bahawa penduduk Sabah meningkat secara mendadak di antara tahun 1990 sehingga 2000, maka secara tidak langsung beliau “mengakui” bahawa Projek IC telah dilaksanaakan oleh UMNO-BN di bawah pemerintahan Mahathir. 

Blogger Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.