KUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.
Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.
Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. TMI.
Juga dilaporkan:
“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.
Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.
Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera. - Ibid.
Sebelum ini Harakah ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia.
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, ini kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana. - Hrkh.
Aku harap keputusan ni Najib buat bukan pasai pegang kepada janji dia kepada Pope hati tu. Takkan kut Najib sanggup wala' kepada Pope.
Muhyiddin sebelum ni berani jugak bagitau yang dia ada jugak keinginan undang-undang hudud berjalan cuma dia bagi alasan tak sampai masa ja lagi. Najib pulak memang nampak tak teringin pun undang-undang hudud berjalan di Malaysia.
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/najib-sanggah-muhyiddin-dan-pertahan.html#ixzz1YsbXm4R9
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.