Followers

Thursday, September 29, 2011

Penafian Najib dan Rosmah pada hari Khamis..



Sudah pasti Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor akan menuduh musuh ketat mereka iaitu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai menyalahgunakan proses mahkamah kerana memaksa mereka menampilkan diri sebagai saksi di dalam perbicaraan kes liwat kedua yang masih berlangsung.
Dan pihak mahkamah masih dijangka untuk menerima tuntutan mereka untuk menepikan sepina yang telah diperolehi peguam-peguam Anwar awal bulan ini, selepas pasangan tersebut membuat kejutan kerana enggan memberi keterangan.
“Semestinya mereka akan menafikannya, apa yang anda fikir? Ia akan menjadi sesi terbuka dan tertutup,” kata penganalisis politik yang telah lama mengikuti kes ini.
“Saiful pernah berjumpa dengan pasangan tersebut apabila Najib merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu. Perkara tersebut telah dihapuskan daripada testimoni Saiful yang terdapat di dalam rekod mahkamah, boleh anda bayangkan? Bagi Rosmah pula, keterangan yang diberi Saiful di mahkamah berbeza dengan keterangan yang dibuatnya sebelum ini.”
Najib, 58, dan Rosmah, 60, dijangka akan menampilkan diri di mahkamah pada hari Khamis apabila permohonan mereka akan dinilaikan. Walaubagaimanapun, kemugkinan besar adalah pasangan tersebut akan diwakili sekumpulan peguam-peguam mereka.
Penganalisis politik menjangka Rosmah akan menafikan pernah bertemu Saiful Bukhari Azlan, pengadu tuduhan liwat, manakala Najib mungkin akan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menyuruh bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan pegawai kanan yang lain iaitu Rodhwan Ismail untuk menolong Saiful memfitnah Anwar.
Najib yang pada awalnya cuba untuk menafikan pernah bertemu Saiful, tetapi ia telah dibongkarkan dan Najib menarik balik penafiannya dan beliau dijangka untuk menurut skrip dan berkata bahawa beliau pernah bertemu Saiful tetapi tidak berkomplot dengannya untuk membuat laporan polis terhadap Anwar.
Perdana Menteri bersama isteri telah dituduh menjadi dalang bagi tuduhan liwat terhadap Anwar di dalam percubaan untuk menghancurkan kerjaya politiknya. Pada Jun 2008, sebaik sahaja Anwar membuat pengumuman untuk kembali aktif di dalam politik, dia telah dituduh meliwat Saiful, bekas setiausaha politik.
Anwar telah menafikan tuduhan terhadapnya, mengatakan bahwa ia merupakan konspirasi yang dibuat-buat oleh pasangan tersebut bersama Musa dan Rodhwan.
“Persediaan yang terdapat di dalam konspirasi ini adalah amat mendalam dan dapat dikesan hinggalah ke Perdana Menteri sendiri dan isteri beliau Rosmah Mansor yang mana kedua-duanya telah diakui oleh pengadu bahawa mereka pernah bertemu di kediaman mereka di mana dia membuat aduan bahawa dia pernah terkena serangan seksual,” kata Anwar dari kandang pada hari pertama beliau dipanggil untuk mempertahankan diri.
“Kenyataan awal yang dibuat Najib bahawa beliau pernah bertemu dengan si pengadu hanyalah sekadar perbincangan mengenai biasiswa merupakan penipuan yang jelas dan cumalah ditarik balik selepas beberapa pendedahan dibuat melalui media social dan blog- blog internet.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.