Followers

Friday, September 16, 2011

HASSAN ALI NAK JADI KATAK ? karangan ~PakKaramu~


BERITA YANG BERTIUP KENCANG BAHAWA HASSAN ALI AKAN MENYERTAI UMNO ? APAKAH BENAR ? JIKA BENAR ADAKAH MUNGKIN KERANA TERLUCUTNYA JAWATAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR ? ATAU DIA DIDESAK MENINGGALKAN PAS EKORAN TERLALU BANYAK MELIBATKAN DIRI DENGAN CERITA KONTROVESI DENGAN UMNO ? KITA NANTIKAN PENGESAHANNYA



Hasan Ali Yang Saya Kenal


Apakah prinsip 5 cinta yang bilangkali dijeritkan oleh Hassan Ali dihadapan penuntut yang membayar ratusan ringgit setiap orang untuk menghadiri "Summer Camp"nya seiring dengan semangat dan perjuangan beliau sendiri? Jawapan saya. Saya kurang yakin!!!


Terus kepada kepada fakta. Tiada bunga bahasa kerana itu lebih sesuai dititipkan buat manusia yang hadirnya tidak menambah, hilangnya tiada yang susut.

Pernah saya titipkan dalam lelaman saya - kerajaanrakyat.com yang telah digodam, Dr Hassan Ali, yang sekarang ini adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor pernah dibayar lebih RM12,000 hanya untuk berceramah kurang daripada 2 jam di Mersing, Johor. Ini berlaku sekitar tahun 1994!!!. Nah, tu dia bayar lebih RM12,000 untuk berceramah tidak sampai 2 jam. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makan minum yang semuanya dibiayai oleh pihak penganjur. Ceramah apa? Ceramah agama..!!!!

Saya bersama ayahanda saya (Allahyarham) dan beberapa rakan termasuk Abdul Latiff Ahmad (Datuk, Timbalan Menteri) terlibat secara langsung dalam program ini dan melihat bagaimana ilmu agama diperdagangkan!!!! Oleh siapa?. Oleh orang yang mendakwa dirinya seorang tokoh perjuang anak bangsa. Oleh seorang yang mendakwa dirinya telah mendisplinkan ribuan manusia melalui "Summer Camp"nya.

Tidak dinafikan kesinoniman manusia bernama Hassan Ali dengan "Summer Camp"nya di Hulu Langat. Ceramahnya gah dengan selinggan bahasa 'mat saleh'. Malahan bahasa 'mat saleh' lebih kerap tersembur daripada mulutnya jika dibandingkan dengan Nas Al Quran atau hadith Nabi.

Saya sempat berjumpa Dr. Hassan di Hulu Langat sebulan selepas kemenangannya dalam pru-12 lalu. Ceritanya (jika off politik}, tiada kisah lain selain WANG. WANG. WANG..!!! Itulah manusia Hassan Ali yang saya kenal.

Hati kecil ini selalu bermonolog, "Apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali sertai PAS? Apakah ini landasan mudah untuk berniaga dakwah? Dakwah pun diperniagakan?"


1 orang berkata:


1Crony said...
Salam hormat Tuan Blog. Dari dahulu pun saya dah tak suka kelibat manusia ini. Bukan sebab gaya rambutnya yang tak kena dengan muka atau seperti Yahudi tua melahap tanah, tetapi sikap talam dua muka (munafik) nya yang saya amat benci terutama kemelut Perpaduan UMNO-PAS dan perjumpaan rahsia dengan Mufti Perak. Elok sangatlah tu jika beliau benar-benar keluar dari PAS, bak kata pepatah sendiri " keluarkan sampah dari sungai, barulah mudah air mengalir".
pakkaramu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.