Seorang guru olahraga dituduh berhubungan seks hingga ratusan kali dengan seorang pelajar laki-laki selama dua tahun ketika pelajar tersebut masih berumur 15 tahun. Namun, semasa perbicaraan, ia menolak semua tuduhan itu dan menganggap kes itu telah merosak hidupnya.
Guru olahraga bernama Tania Pontbriand (40) dituduh berhubungan seks dengan pelajar itu antara tahun 2002 dan 2004 ketika ia menjadi guru di Rosemère High School, Quebec, Kanada.
Namun, pasukan peguamnya berusaha agar kes itu dibatalkan kerana menganggap waktu kejadian sudah terlalu lama, guru itu ditangkap pada tahun 2008 setelah mangsa melaporkan kejadian tersebut.
Pelajar itu mengaku pada polis yang Pontbriand berhubungan seks dengannya hingga 200 dan 300 kali ketika ia masih berusia antara 15-17 tahun.
Pontbriand dianggap memanfaatkan si pelajar kerana sangat rapuh dan kemungkinan melakukan bunuh diri. Guru itu juga dituduh membawa si pelajar ke perkhemahan agar boleh dekat dan melakukan seks dengannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.