Followers

Monday, June 20, 2011

SPR cadang guna biometrik ganti dakwat kekal

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing. "KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) atau kumpulan pengacau yang mahu mengadakan perhimpunan haram, bagi memastikan pilihan raya telus dan bersih.

Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Abdul Aziz berkata, melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli.

"Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya.
 

Sebaik sahaja disahkan, katanya, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi.

Abdul Aziz berkata, selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua.

Beliau berkata, sistem biometrik adalah penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia.

Katanya, SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini.

"Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya.


PBO:

Harap jadi kali ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.