Followers

Monday, May 23, 2011

Undi PR Untuk Iklim Perniagaan Yang Adil, Kata Anwar

SANDAKAN 23 MEI: Pakatan Rakyat menjanjikan iklim perniagaan yang adil dan bebas daripada syarikat kroni yang menafikan peluang untuk syarikat-syarikat yang lebih berwibawa mendapat kontrak-kontrak awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata masa sudah tiba untuk memastikan negara tidak lagi dibelenggui dengan rasuah yang semakin memberi tekanan kepada sumber kewangan negara.

Beliau menegaskan amalan syarikat kroni Umno-BN untuk mmasuk membida tender projek awam, sekali gus menafikan peluang  syarikat-syarikat lain, harus ditamatkan.

"Apa persamaan mereka semua? Mereka  tidak bersaing(secara adil) mendapatkan kontrak dengan syarikat lain. Ini pemimpin (BN) yang ada kepentingan dalam syarikat bertanding dengan syarikat swasta. Tentunya dia menang (dapat kontrak)," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Berucap dalam majlis makan malam bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sandakan semalam, Anwar  yang juga Ketua Pembangkang menjanjikan kepimpinan yang lebih amanah jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Beliau turut memberi amaran akan menggugurkan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang merelakan  rasuah dan penyelewengan berlaku terutama di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.

"Kalau ada Ketua Menteri atau Menteri Besar Pakatan Rakyat curi, serta merta akan gugurkan.

Bercakap di hadapan tiga ribu hadirin pada majlis itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi  Selangor  turut menghuraikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang memberi banyak manfaat kepada penduduk  negeri berkenaan.

Anwar berkata perkara tersebut turut akan berlaku di negeri Sabah sekiranya rakyat memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata MES berpaksi kepada mengembalikan hasil negeri kepada rakyat menerusi pemberian air percuma, pinjaman perniagaan tanpa faedah, tuisen percuma, biasiswa dan simpanan untuk anak negeri itu serta  lain-lain program.

"Baru-baru in  kita umum bahawa di semua bangunan rumah pangsa dan murah akan dicat semula serta dibaiki tingkap dan lif. Kita juga tambah tempat permainan untuk keluarga, parkir lebih banyak dan kita buat kesemuanya di Selangor. Ini semua kita guna a guna dana negeri sebab kita pentingkan rakyat," jelas beliau lagi.

Anwar kemudian menyeru masyarakat Sandakan yang ramainya  terdiri daripada kaum Cina supaya  menggunakan kebijaksanaan seraya memberi sokogan kepada parti itu memulihkan sistem pentadbiran negara yang diwarnai dengan rasuah dan pemborosan

"Jadi saya merayu kepada saudara di Sandakan ini bagi sokongan (kepada PR) sebab kita tidak ada pilihan. Negara ini mengalami penurunan, politik dan ekonomi. Jadi mari selesaikan perkara ini. Guna kebijaksanaan dan perkuatkan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.