Followers

Monday, May 23, 2011

Kak Minah Ronggeng buat laporan polis terhadap Harakah

 
Bekas ketua wanita PKR buat laporan polis terhadap Harakah
2011/05/23
 
GEORGETOWN: Bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah, hari ini membuat laporan polis berhubung laporan akhbar Harakah yang didakwa menyiarkan kenyataan fitnah kononnya beliau diumpan kebendaan oleh UMNO untuk mengkritik dan mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR.

Katanya, laporan berita yang dikeluarkan pada Jumaat hingga Ahad lalu dibuat menerusi kenyataan Ketua Wanita PKR negeri, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samad dan Setiausaha PKR cabang Jelutong, Anuar Kamarudin di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun baru-baru ini.

"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh UMNO dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim, menyeleweng serta rasuah", katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Aminah berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada akhbar itu dan mereka yang terbabit membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini. - BERNAMA

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.