Followers

Monday, May 2, 2011

Negara Islam ka lagu ni...

 
Rakyat kebanyakannya kini bingung, mereka dibingungkan dengan secara sengaja oleh kerajaan yang kononnya memerintah sebuah negara Islam... Malaysia the bolehland.

Apa yang berlaku di sekeliling mereka semuanya berpaksi pada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mainan hebat ini di bantu kuat oleh media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebagai hero baru mereka. Pengapit kanannya ialah Datuk Sri Rahim Thamby Chik... kahkahkah... dengar nama ja dah nak termuntah....


Si Eskay diangkat tinggi, dijulang berapi api kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu. Mana ada dalam sejarah, orang bersumpah dengan menuduh. 

Menuduh sepatutnya bawak 4 saksi matang bukannya pi masjid bersumpah kata Anwar main pompuan.... Dah tu lagi peliknya, bekas Ketua Menteri Melaka tu pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sumpah boleh main wakil wakil dan disokong ulama Umno... kahkahkah...

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

"Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.

Ke mana hala tuju negara? Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? 

sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.