Sulaiman Rahman Taib dimana sekarang? : sarawak report
Ianya telah menjadi buah mulut kebanyakan orang di Sarawak sejak selama lebih setahun. Kini, kaum keluarga yang rapat dengannya telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa anak lelaki Ketua Menteri, Rahman Sulaiman, sedang mengalami jangkitan AIDS.
Seperti kebanyakan orang yang berfikiran waras kami juga berasa bersimpati terhadapnya dan kaum keluarganya.
Seseorang yang waras pemikirannya juga, pada masa kini, tidak akan memandang ringan terhadap jangkitan ini sebagai suatu stigma, dan ramai orang dari pelbagai gaya dan cara hidup berusaha memerangi situasi ini
Namun, kewujudan ilmu sains perubatan moden dapat digunakan untuk menangani jangkitan dan serangan virus maut ini, dengan adanya perawatan yang betul, para pesakit akan dapat menjalani kehidupan normal tanpa risau akan kematian awal.
Namun, inilah suatu sebab yang jelas mengapa Rahman Sulaiman telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak dan tinggal di Britain, di mana pada suatu ketika dahulu kami berkesempatan mengambil gambarnya ketika dia sedang memasuki kediaman mewah bapanya.
Ahli-ahli keluarganya telah menceritakan kepada kami bahawa Sulaiman sering mengalami tekanan dan berfikiran negatif terhadap keadaan dirinya, tetapi, sebenarnya, dengan kaedah perubatan serba moden, dia didapati sihat dan sejahtera.
Pada pendedahan yang kami buat suatu ketika dahulu di mana laman-laman Facebook Sulaiman memaparkan dia menikmati kehidupan yang sangat ceria, sambil menjelajah pusat-pusat luncur salji terkemuka di dunia. Dia telah mengumumkan bahawa dia sihat dan segar, sambil mengadu mengenai kritikan-kritikan mengenai dirinya kerana gagal ditemui atau tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Namun, bagaimanakah nasib para pengidap AIDS yang lain di Sarawak?
Namun, apa yang menjadi kerisauan bagi kami adalah skandal sebenar mengenai AIDS di bumi Sarawak dan Malaysia, keseluruhannya. Sebenarnya, terdapat beribu-ribu pengidap penyakit ini yang lainnya kurang berpengetahuan mengenai jangkitan ini, yang, sama ada diabaikan atau diberikan kaedah perawatan yang termurah dan lapuk.
Berdasarkan kajian kami, negara yang kaya dengan minyak ini sering memperuntukkan perbelanjaan yang paling kecil bagi menjaga kesihatan dan kebajikan para pengidap AIDS di kalangan penduduknya, berbanding dengan negara-negara Afrika yang, antaranya, termiskin di dunia ini.
Tanpa kita sedari, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan, para doktor di Malaysia hanya dibenarkan memberikan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ubat mono-teraphy (agen tunggal) kepada kebanyakan pesakit mereka. Di seluruh dunia, rawatan sebegini dianggap sebagai tidak berkesan dan bersifat sub-standard. Namun, ianya berharga seminima RM20-30 untuk seorang pengidap sebulan, iaitu di bawah peruntukan perbelanjaan terkawal yang ditetapkan oleh kerajaan.
Secara kontranya, negara Malawi dan Thailand yang tinggi paras kemiskinannya sedang berusaha memperuntukkan dana untuk mendapatkan ubatan jenis triple-therapy (yang juga dikenali sebagai ubatan “Highly Active Antiretroviral” atau HAART), yang terbukti lebih berkesan tetapi kos perubatannya adalah kira-kira RM320 sebulan, atau RM3840 seorang pengidap setahun .
Ianya di luar kemampuan orang-orang asal yang tinggal ti pedalaman Sarawak, dan mungkin di luar kemampuan ramai orang biasa di Sarawak (perangkaan 2008 menunjukkan terdapat lebih 50% mangsa HIV yang baru dijangkiti merupakan kaum surirumah) untuk mendapatkan perawatan HAART.
Jika perangkaan rasmi kes-kes HIV boleh diperolehi dengan mudah (walaupun para pakar yakin perangkaannya lebih tinggi), usaha memberikan perawatantriple therapy secara percuma, selamat dan berkesan kepada pengidap-pengidap di kalangan orang Sarawak, kosnya hanya melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM430,080 setahun.
Jumlah ini jauh lebih murah berbanding membiayai sewa salah sebuah dari 27 buah helicopter yang diarahkan Ketua Menteri Taib Mahmud semasa pilihanraya kali ini! Sebenarnya, keuntungan RM1.2 billion yang diperolehi oleh bank UBG milik keluarga Taib setelah mereka menjualkan saham-saham mereka dalam RHB kepada KWSP dalam tahun 2007, mampu untuk membiayai program perawatan HIV di Sarawak dalam masa dua setengah ribu tahun lagi!
Adakah ahli-ahli politik BN menganggap kos rawatan pengidap AIDS sebagai suatu yang membazir wang kerajaan, dan menganggap kehilangan nyawa para pengidap itu jauh lebih murah?
Adakah mereka yang telah menjadi kaya itu, dan dikira sebagai individu berjaya itu, bersikap kejam dengan menafikan peluang mendapatkan rawatan yang baik untuk orang yang senegeri dengan mereka – termasuk kawasan pilihanraya mereka sendiri?
Maka, tidak hairanlah bagi kita setelah kita mengetahui bahawa Rahman Sulaiman bin Abdul Taib telah meninggalkan Sarawak untuk ke UK bagi mendapatkan rawatan yang paling berkesan mampu dibayar dengan wang mereka sekeluarga.
Namun, apa yang menyedihkan adalah, tidak seorangpun di kalangan ahli keluarga mereka yang kaya-raya itu telah membuktikan bahawa mereka mengambil berat mengenai pengidap-pengidap lain di Sarawak yang senasib dengan Rahman Sulaiman!
http://www.sarawakreport.org/ms/2011/04/skandal-mengenai-jangkitan-aids-di-sarawak/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.