Followers

Saturday, May 21, 2011

5 Nama Calon AJK PAS Pusat Tercicir Posted by Addin


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjelaskan lima nama calon untuk pemilihan ahli jawatankuasa kerja telah tercicir dari senarai media. “Bukan nama Dr Dzulkefly Ahmad (ahli parlimen Kuala Selangor) sahaja yang tercicir. 
Kesilapan ini adalah kelemahan manusia,” kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS. Selain Dr Dzulkefly (foto), nama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS bahagian Keningau Hishammuddin Sulaiman, Exco Pemuda Pusat Kamal Ashaari dan ahli parlimen Pasir Puteh Mohamad Husin. 

Isu keciciran hangat diperkatakan apabila nama Dr Dzulkefly tidak tersenarai di dalam senarai yang diberikan kepada media Selasa minggu lalu. “Sebanyak 146 kawasan layak hantar calon kali 18 bersamaan dengan 2682 calon.” “Ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan,” kata Abdul Halim dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi ini di ibu pejabat PAS pusat. 



Kesilapan teknikal Abdul Halim, ahli parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan turut menjelaskan bahawa surat pencalonan sudahpun dihantar kepada calon-calon tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa senarai calon telahpun dikemaskini. “Calon untuk jawatankuasa kerja Dewan Pemuda pada asalnya ada 68 tetapi sekarang 63 kerana umur calon mesti bawah 40 tahun,” katanya. 



Calon yang digugurkan adalah Kamal Shaari, Nik Abduh Nik Aziz, Taufiq Ghani, Dr Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.
/FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.