Followers

Sunday, April 10, 2011

Tipu PM : Sultan Selangor ' Gantung ' Gelaran Datuk Bekas Menteri

Ahad, 10 April 2011

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy( gambar ) sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya.

 
Istana Selangor turut menarik semula gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara pada 29 Oktober tahun lalu.
 
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tuduhan yang dihadapi oleh Kong Choy adalah berat kerana ia melibatkan kepentingan awam dan negara.
 
Gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Kong Choy akan ditarik balik sekiranya beliau didapati bersalah atau sebaliknya.
 
Kong Choy dikurniakan gelaran tersebut daripada Sultan Selangor pada 2003.
 
Pada 28 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.
 
Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.
 
Sementara itu, keputusan menarik semula gelaran yang dikurniakan ke atas Dr Ting pada 1996 adalah disebabkan beliau bukan individu yang sesuai untuk menyandang gelaran ‘Datuk’ selepas diisytiharkan muflis.Pembatalan gelaran tersebut berkuat kuasa pada 24 Mac lalu.Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.