Followers

Tuesday, April 26, 2011

TERKINI!! Ceramah Anwar Ibrahim Di Pulau Pangkor 23 April 2011

 

TERKINI!!


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berada di Pulau Pangkor, Perak bersempena dengan lawatan sambil ceramah di hadapan ribuan rakyat pulau tersebut atas jemputan Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak, Dr Muhamad Nur Manuty.

Ceramah Anwar terpaksa diadakan di sebuah kedai kopi setelah semua hotel dan resort diarahkan tidak menerima Anwar atas arahan Menteri Besar Haram, Zambry Kadir!

Terdahulu, bot Anwar dihalang berhenti di jeti Pangkor, juga atas arahan Zambry lalu terpaksa berlabuh di jeti nelayan di Sungai Pinang Kecil, 6 kilometer ke utara jeti Pangkor! (lihat peta).

Pada sebelah malamnya, Anwar berucap di Teluk Rubiah, Pulau Pangkor, bersama dengan Dr Nur Manuty.

Anwar diiringi beberapa pimpinan PKR pusat termasuk blogger Tukar Tiub, Hishamuddin Rais yang sudah berkampung dua hari di sana membongkar kebejatan Menteri Besar Haram, Zambry Kadir!

Selamat menonton.

3 comments:

  1. Bro . Tak ada video ke?....

    ReplyDelete
  2. Dr Zambry main kotor dan pengecut....

    Robot ada perasaan

    ReplyDelete
  3. Sdr. Azman Kamarul, sorry Bro., video nya terlambat, wifi ada problem semasa nak loading tadi, pukul 5 baru dapat upload....wassalam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.