” Sepatutnya sebahagian besar dari kami berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu tapi oleh kerana mesyuarat awal 5 April telah ditunda oleh Zambry (Menteri Besar Perak) dan speaker, maka kami tak dapat nak hadir.
Cuma saya terpaksa beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya selepas sahaja perasmian walaupun dua,tiga dari kami berada di Kuching tapi mereka terpaksa balik juga malam tadi sampai untuk menghadiri persidangan perasmian hari ini,"tambahnya lagi. ”
Kalau sebelum ini ada dengar desas desus kata kami tak hadir dan tak penuh, tapi hari ini semua hadir. Kita merasakan apa yang Tuanku sebut tadi mengenai titah itu merupakan ciri-ciri yang didokong Pakatan Rakyat. Segala-gala yang dinyatakan itu berkenaan dengan beberapa perkara seperti konsep keadilan, tiada diskriminasi, ketelusan, semua itu adalah menunjukkan ciri-ciri Pakatan Rakyat.
Menjelaskan mengenai spekulasi bahawa ada ADUN dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan kali ini, Nizar berkata ini kerana ada ADUN yang membantu kempen gagasan itu untuk pilihanraya negeri Sarawak. Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, ADUN juga bukanlah budak sekolah apabila diwajibkan memakai tanda nama untuk memasuk ke dalam Dewan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
” Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku,"jelasnya lagi. Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.
Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan. mencemarkan kemuliaan Dewan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.