Followers

Wednesday, April 13, 2011

Anwar : Taib Harus Undur, Sistem Pemerintahan Mesti Ditukar

Pembaharuan  politik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah untuk menerapkan sistem pemerintahan yang beramanah dan berwibawa di Sarawak , bukan  semata-mata untuk menuntut pengunduran Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Pilihanraya negeri Sarawak ke 10 kali ini dijangka sengit berikutan Pakatan Rakyat meletakkan calon pada hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan. "Dia kata kalau Anwar, Tok Guru Nik Aziz kalau perintah beri semua kepada Cina. Itu kempen dia (BN). Saya kata hak dia kita beri, saya tidak bimbang.

Saya mahu jawab kalau kami perintah, Insyallah pada ketikanya, kami akan adil kepada Melayu, Cina, Iban dan India," ujarnya lagi. perubahan sistem dan dasar kesaksamaan akan dijulang sekaligus mengembalikan hak semua kaum.

Katanya, sejak zaman kebangkitan Islam, penganut islam dan Kristian sering bertolak ansur demi menjaga keharmonian dengan mempercayai prinsip agama masing-masing sekaligus menolak perhambaan keatas umat manusia.

Anwar turut isu kitab Injil versi Bahasa Malaysia (Alkitab) yang mencetuskan kemarahan rakyat beragama Kristian kerana setiap penyelesaian yang ditawarkan Umno berpandukan kepada mencari kelebihan politik semata-mata. "Jangan orang lain berani bodohkan dan menjadikan rakyat kuli mereka," tegas Anwar.

Beliau berkata masa sudah sampai untuk  Sarawak membebaskan diri daripada cengkaman Taib yang selama ini memperalatkan  rakyat demi memperkayakan diri. Justeru Ketua Pembangkang  itu,  pengundi Sarawak tidak harus membenarkan BN  pimpinan  Taib terus-menerus memperlekehkan rakyat.

Beliau membidas pemimpin-pemimpin BN yang berjuang atas nama Melayu namun membiarkan kaum itu hidup dalam kedaifan di bumi Sarawak. Dalam ucapannya, Anwar mengupas soal hak kesamarataan yang dinafikan kepada penduduk Sarawak. Abang Johari mempertahankan kerusi itu untuk penggal ke lapan.  

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, PKR meletakkan calon muda, Ahmad Nazib Johari untuk pertandingan satu lawan satu menentang calon veteran BN,  Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. Anwar yang berada di Sarawak sejak minggu lalu  kini giat menjelajah ke seluruh pelusok Sarawak untuk membantu calon-calon Pakatan Rakyat melakukan kejutan pada pilihanraya negeri Sabtu ini.

“Yang kita suruh berhenti bukan  Taib seorang, tapi seluruh kekuatan Barisan Nasional Sarawak,"  tegas Anwar,  disahut tepukan gemuruh hadirin yang rata-rata masyarakat kaum Melayu. "Politik ini bukan soal peralihan kuasa. Perdana Menteri dan Ketua Menteri silih berganti tapi yang kita mahu ubah ialah sistem,” kata Anwar dalam ceramahnya di Satok.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertukaran pucuk pimpinan harus seiring dengan perubahan dalam  sistem pemerintahan yang mencorak dasar sesebuah negara atau negeri.

Gagasan itu mensasarkan kemenangan sekurang-kurang 24 buah kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga BN.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.