Followers

Sunday, April 17, 2011

Pilihanraya DUN Sarawak: Pencapaian Membanggakan Walaupun Sedikit Tersasar!!

Sehari selepas keputusan penuh pilihanraya DUN Sarawak, Pakatan Rakyat berazam akan mempertingkatkan lagi prestasi dalam pilihanraya akan datang.

Keazaman tersebut dizahirkan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media khas di Bilik Gerakan Utama (BGU) di Satok, Kuching pagi tadi.


Hadir sama, Timbalan Presiden Azmin Ali, Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN N 70 Ba'kelalan yang baru, Baru Bian, ADUN N 12 Batu Lintang yang Baru, See Chee How dan pemimpin PKR negeri.


PKR menyumbang tiga kerusi untuk Pakatan Rakyat di samping DAP yang memperoleh 12 kerusi, dan PAS langsung kalah di kesemua lima kerusi yang ditandingi menentang calon PBB-Barisan Najis.


Kemenangan 15 kerusi satu pencapaian cemerlang - Wan Azizah


Kejayaan Pakatan Rakyat menggandakan bilangan kerusi di Sarawak dengan memenangi 15 buah kerusi yang ditandinginya merupakan satu pencapaian cemerlang, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Katanya, kejayaan itu juga bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan.


“Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak ini (yang) menjurus kepada dua sistem.


Sepanjang kempen kali ini, kita melihat rakyat Sarawak begitu prihatin terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Satok, malam tadi.


Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali dan wakil rakyat Batu Lintang yang baru, See Chee How.


Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana berani melakukan perubahan dengan memilih KEADILAN di tiga kawasan iaitu Ba;kelalan, Batu Lintang dan Krian.


Tiga kawasan DUN itu mencatatkan keputusan cemerlang apabila KEADILAN berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.


“Alhamdulillah, kita telah melakukan dengan begitu baik sekali,” katanya sambil menambah kemenangan ini menunjukkan betapa parti KEADILAN membawa aspirasi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.


Terdahulu sebelum itu, Baru Bian menjelaskan persaingan kali ini tidak mudah, tambahan keseluruhan jentera kerajaan Pusat termasuk dari Menteri dari Sabah dikerah ke kawasannya untuk berkempen.


“Semua tempat dimasuki dengan membawa projek bernilai jutaan ringgit.


Tetapi kita berasa gembira kerana tsunami politik sampai juga ke Sarawak.


Melihat kepada jumlah undi popular, saya yakin peratusannya akan meningkat.


“Ini merupakan tanda bahawa orang Sarwak sedang maju ke depan dan memberi keyakinan kepada KEADILAN untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak,” katanya.


Dalam pada itu Baru menambah, kekalahan SNAP dan kehilangan deposit di banyak tempat merupakan tanda jelas bahawa sistem poltik dua parti telah diterima dan disokong.


Beliau menegaskan akan terus memperjuangkan isu tanah tanah adat, tanah kampung sama ada orang Asal dan bukan orang Asal di negeri ini.


Menyentuh sikap pengundi di pedalaman, Baru yakin perubahan tetap akan berlaku sekiranya maklumat disampaikan dengan jelas.

1 comment:

  1. Ahad
    DAP menang 12 kerusi di Sarawak Nik Aziz gembira sangat
    Orang yang paling gembira kerana DAP berjaya menambah kerusi kemenangan mereka didalam pilihanraya di Sarawak yang baru berakhir ini, menjadikan 12 kerusi ialah Nik Aziz. Hebat seorang yang disanjung oleh pengikut-pengikutnya yang konon sebagai seorang ulama yang memperjuangkan Islam memberikan sokongan kepada DAP yang jelas menolak kepimpinan negara Islam. Telah berulang kali keputusan ini di sangkal oleh pengurusi DAP, Karpal Singh yang lantang mengatakan langkah mayat dia dahulu baru boleh melaksanakan negra Islam dan hukum hudud.

    Dimana moral Nik Aziz kepada pengikut-pengikut setianya? adakah ini juga suara keseluruhan yang diucapkan oleh Nik Aziz adalah juga suara ahli-ahli Pas am nya?

    Memang tepat dan benar sebagai yang di katakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Nik Aziz berjuang untuk parti politik bukan berjuang untuk Islam yang sebenar dan mempergunakan Islam hanya ingin meraih sokongan orang-orang Melayu terhadap cita-citanya.

    Kota Bharu, 17 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, akur pembangkang gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.


    Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN), beliau gembira denganperatusan undi yang meningkat terhadap pakatang pembangkang.


    Menteri Besar Kelaantan itu berkata, ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehaidran pembangkang dinegeri itu terutama undi yang diterima DAP. "Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walau pun tewas semua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disini, hari ini.


    Pilihan raya negeri ini semalam, BN menang 55 kerusi daripada71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga kerusi manakala satu lagi dimenangi calon Bebas.


    Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru dinegeri itu.


    "Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apapun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya kepada pemberita disini hari ini.-BERNAMA
    Dicatat oleh mnorkembalak di 4/17/2011

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.