Followers

Tuesday, April 26, 2011

Mamat Khalid sertai UMNO ? Baca pula ulasan Pak Jabit Berbeza politik, tidak pada karya: Pak Jabit

SHAH ALAM – “Sebagai rakyat yang matang saya tidak akan berpisah de-ngan Mamat Khalid dari segi berkarya walaupun antara kami berbeza fahaman politik.”

Itulah kata-kata Abdul Kadir Abdul Manaf yang lebih dikenali sebagai Pak Jabit dalam filem lakonannya ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ mengenai pengarah filem, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid menyertai UMNO, semalam.


Ketua Cabang PKR Temerloh itu berkata, Malaysia sudah 53 tahun merdeka dan sebagai rak-yat kita sudah faham dengan demokrasi berpolitik yang memberi kebebasan sesiapa sahaja menceburkan diri dalam parti politik berdaftar.

“Saya tidak terkejut mendengar Mamat me-nyertai UMNO malah menyokong perjuangannya kerana dalam berkarya beliau tidak sesekali menilai seseorang itu melalui perbezaan politik.

“Malah saya lebih terkejut dan menentang habis-habisan sekiranya Mamat menyertai parti komunis atau menjadi perosak negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pak Jabit yang juga Penyelaras Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) berkata, hakikatnya jika solat Jumaat dan di sebelahnya orang UMNO adakah dia terpaksa keluar saf kerana berbeza politik?

“Soal parti adalah hak individu, terpulang bagaimana cara seseorang itu menyumbang terhadap parti politik yang disertainya sama ada untuk diri sendiri, tanah air, masyarakat atau sekadar pemerhati sahaja.

“Begitu juga keakraban saya dengan Mamat, saya akan terus menyokong kerjayanya dalam perfileman kerana tahu beliau seorang yang kreatif menzahirkan idea bernas dalam menghasilkan cerita menarik serta mempunyai pengajaran (mesej) kepada penonton.
“Siapa tahu suatu hari nanti, Pak Jabit mungkin duduk semeja dengan Mamat jika kami sama-sama dicalonkan menjadi menteri,” katanya berseloroh.SH

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.