”Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.
Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.
Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM. – Bernama
p/s. Rakyat berharap siasatan kematian Allahyarham Ahmad Sharbaini dilakukan dengan secepat mungkin. Siasatan mestilah adil, telus, pantas dan berintegriti.
Jangan ada mana-mana pihak menyembunyikan fakta atau maklumat yang diperolehi. Keadilan amat penting bagi waris keluarga Allahyarham. Kita yakin pihakn Polis akan membua siasatan yang paling teliti kerana itulah khendak danharapan semua rakyat Malaysia
sumber: btmmari.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.