Followers

Friday, March 4, 2011

Xavier Tuntut Maaf Serta RM100 ribu Daripada FMT !!

 Exco Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar telah menghantar notis peguam kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT) kerana menyiarkan berita yang disifatkan oleh beliau sebagai 'tidak tepat dan bersifat memfitnah'.






Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, beliau berkata tindakan ini diambil berikutan artikel yang disiarkan oleh portal tersebut pada 22 Februari lalu yang bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” di mana antara lain mengatakan bahawa beliau telah merayu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Notis tuntutan tersebut menamakan portal sesawang Free Malaysia Today serta wartawannya, B Nantha Kumar sebagai defendan.

Katanya lagi, artikel tersebut mendakwa beliau tidak cekap menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor malah juga mendakwa beliau turut terlibat dalam pelbagai skandal melibatkan kerajaan negeri khususnya masyarakat India.

Dalam notisnya yang dihantar melalui peguamnya dari Tetuan Fernandez dan Selvarajah, Derek J. Fernandez, Dr Xavier telah menuntut supaya artikel tersebut dikeluarkan daripada portal berita berkenaan dalam masa tujuh hari.

Beliau juga menuntut FMT untuk memohon maaf dengan jaminan tiada artikel sebegitu akan disiarkan di masa hadapan serta gantirugi sebanyak RM100 ribu kerana menjejaskan reputasinya.

Ketua Pengarang FMT, Philip Rodrigues dalam satu artikel yang disiarkan hari ini berkata FMT akan tetap dengan laporannya.

Sebelum ini, Dr. Xavier dalam kenyataan media pada 24 Februari lalu menafikan sekeras-kerasnya artikel tersebut dan sebaliknya mengatakan bahawa artikel tersebut berniat jahat untuk memburuk-burukkan imej beliau.

TVS News
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.