Budaya samseng semakin terserlah pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat menjadi sasaran.
Kenderaan Anwar diserang penyokong Umno ketika beliau dalam perjalanan untuk menyampaikan ceramah di sebuah rancangan Felda di Kerdau malam semalam.
Manakala calon PAS di Merlimau Yuhaizad Abdullah serta pimpinan Pakatan Rakyat Melaka menerima ugutan bahawa keselamatan mereka akan terancam jika tidak menghentikan kempen untuk menewaskan calon Umno.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertindak angkuh apabila diberitahu tentang serangan terhadap kereta Anwar.
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata pemimpin kedua tertinggi di Malaysia yang sebelum ini sering mengutarakan keperluan berkempen secara bersih dan tidak mengikut emosi.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid menegaskan serangan itu bukan dibuat oleh peneroka Felda tetapi penyokong dan samseng upahan Umno sendiri.
Beliau berkata serangan terhadap kereta Anwar berlaku di simpang menghala FELDA Jengka 22.
Ahmad menjelaskan, sekumpulan penyokong BN memakai baju biru dan putih serta vest yang tertera logo BN yang menghalang kenderaan tersebut.
Beliau yang turut berada di dalam kereta bersama Anwar mendengar para penyokong BN memaki Anwar serta PR menggunakan kata-kata kesat.
"Mereka ini pakai baju biru, ada pakai baju putih dan ada yang pakai vest BN, dengan bendera BN. Ada juga yang memakai pelekat 'Kami tak mahu peliwat'lah, 'pengkhianat negara', 'pengkhianat bangsa'dan sebagainya. Mereka kepung kereta dan mula membaling batu. Ada yang ketuk kereta dengan kayu tiang bendera," kata Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor.
Beliau seterusnya menghubungi polis bagi mendapatkan perlindungan untuk Anwar serta ahli-ahli PR lain yang turut bersama mereka pada masa itu.
Ahmad berkata penyokong Umno itu bukan sahaja melontar batu tetapi juga menabur paku di kawasan ceramah.
"Kemudian apa yang telah berlaku ialah, mereka telah menaburkan paku di kawasan ceramah. Banyak kereta yang rosak, dan banyak juga motosikal petugas kita dan yang datang, pancit. Ada kereta yang diguris," kata beliau.
Budaya samseng yang sama berlaku di Merlimau dengan kereta-kereta pekerja dan pemimpin PR dipecahkan.
Terbaru adalah ugutan yang dibuat terhadap calon merlimau Yuhaizad dan pimpinan Pakatan di Melaka.
Namun seperti Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein membuat kenyataan politik apabila berkata beliau “paling merasakan paling selamat di Merlimau dan hanya merasakan terancam ketika berada di Permatang Pauh(Anwar adalah Ahli Parlimen kawasan itu).
Dengan Muhyiddin dan Hishamuddin - dua pemimpin kanan kerajaan mengambil pendiirian sebegitu-tidak hairanlah proses demokrasi di Malaysia semakin tercalar dengan rasuah menyogok pengundi dan penggunaan samseng untuk menakutkan pembangkang.

TVS News
Samseng!!
ReplyDelete-------------------------------------------------------------
Penjenamaan Semula dan Meremajakan Parti -Katakan celaka pada Anjing-anjing tua gila Utusan Malaysia..
http://blog1malaysia.blogspot.com/