Followers

Tuesday, March 1, 2011

'Tawaran Baru' Muhyiddin, Cedok Idea Buku Jingga-Abdullah Sani


Muhyiddin Cilok Idea Buku Jingga Pakatan Ra\kyat

SHAH ALAM 28 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.


"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya kepada Tv Selangor.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lagi ganjaran “tawaran baru” bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA).

Timbalan presiden Umno itu berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.

Kandungan tawaran itu menyebut, seramai 586 pengetua dari seluruh negara bakal menerima ganjaran sebanyak RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.

Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

RAKYAT MARHAEN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.