Followers

Friday, March 25, 2011

Hebatnya Mahathir - Dia takkan berhenti menangis selagi Anwar dok senyum... kahkahkah...

Kita jangan terlepas pandang tentang kehebatan manusia yang mati mati mengaku Melayu yang bernama Mahathir ni. Mahathir memang hebat, kehebatannya dalam memutar kata kata dengan dibantu oleh jentera kempen dan media penjilat Umno telah mengangkat mantan mamak bendahara Umno ni ke tahap yang paling agung dalam sejarah Umno.

Mantan mamak yang hampir nyanyuk ni bertungkus lumus menulis sebuah buku yang bertajuk Doktor Dalam Rumah yang tak dak apa yang istimewa sangat pun tapi telah meletup letup dipasaran kerana diangkat oleh penjilat dan pak yet Umno. 

Dalam buku tersebut dia mencerita kisah Anwar yang telah dibekalkan perempuan untuk seks. Nampak macam dongeng lama yang dicerita semula untuk anak anak bangsa Umno saja, macam ngan tak dak kena mengena dengan suasana sekarang.

Tapi kita jangan mudah lupa, dendam Mahathir terhadap Anwar masih merah menyala. Apa yang ditulis kini cuba diterjemahkan sekarang kononnya susuk bernama Anwar ni benar benar seperti apa yang dicoretkan dalam memoir karut beliau. 

Disokong kuat pulak si pendedam dari Melaka... maka timbullah video seks Anwar yang dengan megahnya dipertontonkan pada pihak media dihotel mewah tanpa gangguan Polis.

Najib sudah ada Liwat II sebagai senjata utama. Liwat II sudah hampir ke penghujung dan semua tau episod terakhirnya, Anwar akan didiamkan dalam penjara. Isu seperti DNA pun sudah dapat diagak jalan ceritanya. 

Isu video seks ni dicipta hanyalah sampingan bagi mengiakan apa yang Mahathir kata. Malah pada kali ini lebih meriah pabila pelakun tambahan lain, seperti si alim Zul dari Kulim turut serta dengan stetmen 110% nya... haha... walaupun agak caca marba.

Kesudahannya Anwar akan kepenjara, demokrasi negara akan merana, keadilan hanya pada akhbar Utusan Malaysia, BN saja yang pandai berkuasa, dan banyak lagi kebobrokan yang meloyakan tekak dan menjadi bahan gelak dunia antarabangsa... melainkan rakyat Malaysia bangun menentang dengan menjatuhkan BN pada PRU yang akan datang...


LAWAN TETAP LAWAN...

sumber : shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.