Beliau berkata peletakan jawatan itu, yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat Umno dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keanggotaannya dalam Umno sejak lebih dua dekad lepas.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini," katanya.
Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana
Al-Marhum Shariful Hashim 1.
Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat -- satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.
Mohd Akjan berkata beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis 'pertabalan sebenar' diadakan.
--Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.