Anwar Ibrahim pembuka minda rakyat melalui Gerakan Reformasi
Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya "Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi."
Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah:
"Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini.
Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan kerana di situlah terletaknya kunci utama untuk melalukannya. Tanpa kunci utama ini kunci-kunci kecil yang telah ada di tangan tidak dapat melalukukan refomasi itu kerana dihalang dan diganggu gugat oleh kunci utama itu yang masih di tangan orang. Ini adalah hakikat.
Lihat sahaja negeri-negeri yang telah/sedang ditadbir oleh kunci-kunci kecil yang telah dimiliki. Bukankah itu semuanya diganggu dan dihalang oleh pemegang kunci utama yang masih belum dimilikki itu? Setelah itu pastinya ada dasar-dasar mantap dan berfokus yang akan dilaksanakan bagi menggerakkan refomasi itu dan pada masa itulah segala penghalang, penganggu, primadona dan pemalas akan dicantas supaya refomasi dapat bergerak lancar. Dan ketika itu akan jelas kelihatan perbezaan yang diidamkan dan juga pada masa yang sama akan dipupuk dan dilahirkan berdozen-dozen pemimpin yang berkarisma dan bermutu bagi merealisasikan refomasi dan mengganti Anwar apabila tiba masanya untuk meneruskan gerakan refomasi itu.
Oleh itu para penggerak refomasi, kenalah bersabar dan yakin bahawa destinasi belum lagi sampai, oleh itu janganlah bercanggah atau termakan sogokan wang ringgit dan keseronokan yang membutakan sehingga menghalang perjalanan ke Putrajaya."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.