Followers

Wednesday, February 16, 2011

Ekoran bukti baru, Anwar mahu tuduhan liwat digugur - oleh: Shazwan Mustafa Kamal

 
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

“Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

“Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

“Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.
 
-malaysianinsider-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.