Followers

Tuesday, February 22, 2011

Lagi lagak SPR 'si anjing Umno' !!

 

 Harakah semalam menyiarkan satu artikel bertajuk "Mengapa SPR enggan terima bantahan." Satu artikel yang betul-betul menggambarkan SPR sebagai 'anjing Umno'.


Ada beberapa isu yang diketengahkan oleh YDP PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad

Isu pertama, ada pengundi baru yang takdak nombor rumah. Memang tak logik langsung pengundi baru takdak nombor rumah. Mana ada rumah sekarang ni yang takdak nombor rumah.

Kalau takdak nombor rumah, maksudnya rumah tu tak boleh ada bekalan elektrik sebab untuk mohon bekalan elektrik dari TNB, dalam borang permohonan tu kena ada nombor rumah, kalau takdak nombor rumah, permohonan tu takkan diterima.

Tak logik langsung kalau di kawasan Pandan ada lagi rumah yang takdak bekalan elektrik. Rumah di kawasan setinggan pun ada bekalan elektrik, maknanya memang setiap rumah mesti ada nombor.

Kes macam ni dalam daftar pemilih lokaliti kampung aku pun ada. Mana ada lagi rumah yang takdak nombor rumah. Habih-habih takdak pun kalau rumah baru, depa guna nombor rumah jiran sebelah dan nak bagi berbeza depa tambah huruf A lepas nombor rumah. Memang tak logik ada lagi yang takdak nombor rumah.
Isu kedua, ada pengundi muda melayu yang dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina sedangkan takdak orang tinggal di kawasan tu. Macammana boleh jadi macam tu, sedangkan pendaftaran pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan. Kalau pun ada yang guna alamat kilang, mungkin tokey kilang tu sendiri. Takkan kilang cina tokey melayu. Kalau setakat pekerja, takkan dia takdak rumah, dan takkan dia daftarkan anak dia yang baru lahir guna alamat kilang.

Yang guna alamat kilang pun mungkin pekerja asing yang kerja kat kilang tu pasai depa takdak alamat lain. Takkan SPR daftarkan pekerja asing sebagai pengundi kot.
Isu ketiga, pegawai SPR takmau terima bantahan. Ini pun satu hal lagi. Masa peringkat awal dulu, semua bantahan akan dibuat perbicaraan awam dimana pihak yang membantah dan pihak yang dibantah akan dipanggil. Kalau yang dibantah tak hadir, bantahan tu secara automatik diterima.

Lepas pada tu, SPR semacam buat peraturan baru, depa nilai sendiri dulu bantahan yang dibuat dan ada bantahan yang ditolak terus atas alasan bantahan tu tak ada asas tanpa buat perbicaraan awam.

Ikut maklumat yang aku dapat, kalau bantahan tu berasaskan alamat pengundi, SPR akan semak balik alamat tu di Jabatan Pendaftaran Negara. Kalau alamat tu sama macam yang di JPN, bantahan tu akan ditolak terus atas alasan bantahan tu tak ada asas.

Isu keempat, selain dari yuran bantahan RM10 untuk setiap nama yang dibantah, pihak yang membantah jugak kena bayar maksima RM200 untuk setiap nama yang dibantah kalau bantahan tu dibuat perbicaraan awam dan bantahan tu kemudiannya ditolak.

Katanya bayaran tu untuk tambang dan lodging pihak yang dibantah. Ada logiknya jugak peraturan tu walaupun masih boleh diperdebatkan.

Tapinya kalau bantahan tu diterima, sepatutnya pihak yang membantah perlu dibayar maksima RM200 juga untuk tambang dan lodging.

Bila aku tanya bab tu kepada SPR, pegawai berkenaan jawab "Tak boleh la macam tu, bukan salah SPR sebab SPR cuma mendaftarkan berdasarkan alamat dari sistem ALIS JPN."

Takkan nak suruh pihak yang dibantah pulak yang bayar?

Kesemua isu-isu tu menyusahkan Pakaran Rakyat dan menguntungkan Umno BN. Tambah-tambah isu bayaran tu. Masa ditetapkan RM10 untuk yuran bantahan, mungkin SPR rasa dah cukup tinggi. Tapi bila PAS di Kelantan buat jugak bantahan yang melibatkan kos berpuluh-puluh ribu bayaran RM200 pulak mula dikenakan.

Sepatutnya, memang dah tugas SPR untuk pastikan Daftar Pemilih bersih. Bila parti nak tolong SPR bersihkan daftar tu, parti pulak dikenakan bayaran.

Lagi satu yang paling aku tak puas hati, aku dapat maklumat yang UMNO BN dapat maklumat penuh data yang ada pada SPR sedangkan parti pembangkang cuma dapat maklumat asas pengundi. SPR cuma bagi nama, no kad pengenalan, jantina, no rumah (jika ada) dan lokaliti pengundi sahaja. Padahal, katanya Umno dapat maklumat penuh termasuk alamat lengkap dan no telefon dari SPR.

Harakahdaily melaporkan:
AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.


PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.


Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.


Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.


"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.


Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.


Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, pada hal bantahan-bantahan itu dibuat mengikut peraturan dan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pihak SPR sendiri.


"Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat oleh kami? Apa yang SPR cuba sembunyikan?" katanya.


Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.


Bantahan yang dibuat oleh mereka pada hari itu, menurut beliau lagi, melibatkan 7 orang pengundi muda di kawasan Dun Chempaka dengan lima daripadanya lelaki dan dua lagi perempuan.


Antara perkara yang amat mengelirukan pada pendaftaran pengundi tersebut, ada di antaranya bernama Melayu tetapi dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina, pada hal di kawasan kilang itu tiada sesiapa pun yang tinggal, apatah lagi orang Melayu.


"Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku itu? Untuk melakukan bantahan pula bukan senang. Banyak prosedur yang terpaksa diikuti, selain dikenakan bayaran RM10 untuk bantahan setiap seorang dan RM200 untuk peringkat pendengaran oleh pihak SPR," tegasnya.


Dun Chempaka mempunyai jumlah pengundi 32,000 orang. Peningkatan pengundinya sejak PRU Ke-12 lalu hingga kini agak tinggi iaitu seramai 1,600 orang dengan tujuh daripadanya termasuklah mereka yang dibantah oleh mereka pada hari itu. -
Hrkh

Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.