Followers

Sunday, January 9, 2011

Rosmah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 - by Sutera Biru

Saturday, January 8, 2011-Rosmah dijadualkan memberikan ucapan di dua persidangan antarabangsa mewakili negara, menyaksikan upacara perjanjian memorandum persefahaman serta bertemu beberapa pemimpin utama Oman dan Bangladesh.

"Melihat kepada kapasiti, kapasiti apa yang dia buat kunjungan hormat dan sebagainya? Itu kerja Perdana Menteri dan menteri, adakah dia salah satu daripada menteri Kabinet? Kalau begitu maknanya Najib kena letak jawatanlah, bagi dekat Rosmahlah untuk pegang (jawatan) Perdana Menteri, barulah sesuai kerana ia mewakili negara," tegas beliau.

"Kapasiti yang diambil oleh Rosmah dengan menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian tidak memberikan satu isyarat yang bagus kepada para pengundi."

"Rakyat memilih seseorang itu untuk mewakili (mereka), bukan 'bagi pihak', kalau 'bagi pihak' maknanya keupayaan tuan tubuh itu sendiri tidak upaya untuk menjadi duta kepada negara, itu sudah mengguriskan atau dalam erti kata lain letak jawatan lebih baik daripada berselindung di bawah seseorang."

"Untuk menanggung perbelanjaan itu yang mana dah belanjakan hampir RM10 juta pada tahun 2010, itu lebih bersikap tidak berjimat cermat. Negara dalam keadaan yang begitu kritikal ekonominya tetapi pada masa yang sama kita pula membelanjakan seperti mana yang boleh diberikan pengurangan untuk memastikan kewangan itu diberikan kepada saluran yang lebih (membawa) manfaat," 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meletak jawatan dan memberi jawatan tersebut kepada isterinya, Rosmah Mansor yang lebih 'giat' mewakili negara dalam persidangan asing berbanding Najib sendiri.

Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.