Najib beri isyarat jangan serang Mahathir
Labels: SATIRA POLITIK
Nazri bergurau bahawa "ada virus dalam otak", yang membuatkan dirinya menyokong penuh konsep 1Malaysia, sehingga melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dengan kebanyakan orang. Beliau menekankan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyerah "misi khas" kepadanya, dan segala-gala yang dilakukan beliau didorong hati nalurinya.
Dalam wawancara tersebut, Nazri mendedahkan bahawa Najib pernah memanggilnya melalui telefon, berkata orang lain akan melihat serangan Nazri terhadap bekas PM Mahathir itu dilakukan atas arahan PM. Walaupun Najib tidak mengarahkan Nazri untuk menghentikan serangan tersebut, tetapi Nazri dapat merasakan isyarat jelas yang ingin disampaikan Najib, iaitu hentikan serangan terhadap Mahathir.
Nazri menambah, mereka yang memahami beliau akan tahu bahawa beliau berselisih dengan Mahathir sejak awal lagi, jadi beliau bukan menyerang Mahathir kerana menerima apa-apa arahan, menurut laporan.
Malah, Nazri menuduh bahawa politiking dalam UMNO menjadi penghalang kepada perubahan yang dibawa Najib. Nazri adalah menteri kabinet pertama yang mendahulukan identiti warga Malaysia-nya sebelum kaum Melayu-nya.
Nazri yang sudah menyandang jawatan Menteri untuk 11 tahun tidak khuatir dengan pandangan orang lain, kerana beliau menganggap jawatan awam yang diamanahkan kepadanya adalah untuk memberi peluang dirinya berkhidmat kepada rakyat.
Beliau mendedahkan bahawa pertemuan dirinya dengan Namewee baru-baru ini mengundang tekanan dari UMNO, yang mendesak Najib untuk memecatnya.
RUANG IKLAN Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT
Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/najib-takutkan-mahadhir-atau-najib.html#ixzz1A1zVqibU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.