Followers

Saturday, January 15, 2011

Najib dah terperangkap

Apakah debat yang amat amat dinantikan oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dengan Najib Razak selaku Piem Umno dapat dizahirkan?

Anwar tentu punya alasan tersendiri kenapa beria ia mahukan Najib sepentas dengannya berpidato, menegakkan hujah hujah Umno dalam usaha mereka memperlecehkan komitmen 100 hari Pakatan Rakyat. 

Selain beroleh peluang membentangkan secara lebih telus pada rakyat, Anwar jugak mengharapkan debat nanti dapat melondehkan kebodohan Najib dikhalayak untuk rakyat menilai dan tentukan nasib BN di PRU ke13 nanti.

Najib Razak juga punya alasan tersendiri yang umum sudah ketahui untuk terus melarikan diri dari berdebat secara berdepan, sepertimana yang dilakukan oleh kepimpinan Umno terdahulu. Mereka bukan jenih anak jantan, takut hujah secara fakta dan bersemuka dengan pembangkang. Najib amat menyedari, sebarang debat adalah ruang keemasan untuk Anwar tonjolkan diri dan paling parah bakal memakan diri dan memusnahkan parti sekiranya kalah dalam berhujah...

Namun, Najib dan BN mungkin berjaya kali ini melarikan diri dari berdebat dengan beribu alasan. tapi rakyat jugak punya alasan yang amat peribadi untuk mengadili kedua belah pihak melalui debat. Keberanian Pakatan membentangkan Program 100 Hari mereka yang hanya akan menelan belanja sekitar RM19 bilion itu amat enak. 

Tapi kegagalan Najib dan kerajaannya mematahkan janji pembangkang untuk menegakkan komitmen BN tentu dilihat serong oleh majoriti rakyat. Orang yang tak yakin saja yang takut membentang hujah dan berdebat secara berdepan. Jangan guna alasan buang masa, kerana rakyat melihat ini sebagai besar dalam menentukan nasib dan masa depan negara. Jangan meletakkan samseng jalanan lain sebagai penghalang, kerana rakyat tetap melihat sebagai ketua perlu berdepan dengan ketua.

Setakat ini, kedua-dua tokoh politik itu hanya berjanji, belum tentu berjaya atau tidak. Najib telah mendakwa janji Anwar akan merosakkan ekonomi dan menjadikan negara muflis. Anwar yang tidak puas hati dengan tuduhan Perdana Menteri itu telah mencabarnya untuk berdebat. Walau pun terus menuduh janji Anwar sebagai populis dan tidak berpijak di bumi nyata, Najib bagaimana pun tidak sanggup menerima cabaran debat dengan Ketua Pembangkang itu.


Bagi Anwar, beliau yakin Pakatan yang buat masa ini terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, jika mengambil alih Kerajaan Pusat, hanya memerlukan RM19.2 bilion untuk melaksanakan janji-janji Pakatan dalam masa 100 hari pertama pentadbiran:


  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
  • Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol;
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas, IPP) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang;
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
  • Menyediakan perkhidmatan Internet WiFi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda;
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman; dan
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


Menolak dakwaan Najib, Anwar menjelaskan: “Tuduhan Najib bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.”


“Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.”


Untuk melaksanakan janji Pakatan, Anwar berhasrat menggunakan serampang dua mata:


  • Perangi habis-habisan menentang rasuah yang diaharap dapat menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah sebagaimana yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara; dan
  • Penstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat di mana RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan, dan penyemakan semula sistem konsesi tol untuk memansuhkan pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Anwar yakin dua tindakan itu sahaja sudah cukup untuk memulangkan RM51 bilion kepada rakyat yang mana hanya 30 peratus sahaja dari jumlah itu akan digunakan untuk:

  1. Imbuhan khas guru berjumlah RM500 sebulan setiap seorang menelan belanja RM3.2 bilion setahun;
  2. Kekalkan subsidi minyak untuk golongan berpendapatan rendah yang akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi dengan anggaran kos RM4 bilion setahun;
  3. Kekalkan subsidi gas memasak, juga dengan anggaran kos RM4 bilion setahun; dan
  4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.


Bagi Anwar pula, debat terbuka di antara beliau dan Najib adalah salah satu ruang utama untuk menyampaikan pandangan, program dan perencanaannya kepada umum. Dalam hal ini, mungkin para penyokong Pakatan lebih arif mengapa Najib enggan berdepan dengan Anwar dalam ruang debat terbuka.


Sepatutnya jika Najib serta barisan kepimpinan Umno dan BN yakin dengan iltizam mereka untuk memastikan kejayaan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, tidak ada sebab mengapa Perdana Menteri takut untuk berdepan dengan Anwar.


Kalau benar janji-janji Pakatan hanya angan-angan Mat Jenin, ruang debat akan memberi peluang kepada Najib untuk membuat pukulan maut terhadap pembangkang yang sering didakwa oleh Umno dan BN sebagai penabur janji palsu.


Atau pun, jika tidak sanggup berdebat, laksanakan sahaja janji-janji 100 hari Pakatan. Kalau dilaksanakan mulai sekarang, sebelum akhir April ini, rakyat akan bersorak gembira menyokong BN kerana benar-benar merasakan diri didahulukan.


Tepuk dada tanya selera. Siapa lebih penting: Pakatan, BN atau rakyat?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.